Thursday, September 8, 2011

SELAMAT HARI RAYA ^___^


Rasanya masih tak terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang membaca blog aku yang tak seberapa ni ;). Tahun ni merupakan tahun ke 2 aku beraya sebagai isteri kepada Khasyful Azim, next year baru dapat beraya dengan satu lagi status baru hehe.. Tak sabarnye~

Memandangkan tahun lepas dah beraya kat umah mak aku dulu so tahun ni kena la beraya umah mertua pulak kan.... 1st time raya tanpa family sendiri.. Lama tau aku balik raya sana tahun ni. Baik tak aku bagi chance kat Encik Suami berpuasa + beraya sekali kat sana.. Tapi for me kemeriahan kat umah mertua agak berbeza dari umah aku sendiri. Maybe sedara mara aku belah mak lebih 'pening' dari family mertua kot...Hoho.... Apa pun segala kekurangan dan kelebihan perlu la kita terima, dah nama pun hidup bekeluarga... Redha jela..Haha lain macam je bunyi..Ishhh takdela.. Jangan fikir yang bukan bukan ok!!~

Tapi yang paling pelik raya kali ni, selalunya aku pagi pagi raya kompem aku akan makan ketupat nasi ngan rendang, tapi tahun ni takde semua tu.. Waaa sedih gakla. Tapi nak buat camnekan. Beraya diperantaun memang la serba kekurangan.. Ahaks! Orang utara mana la makan ketupat ngan rendang kan.. Yang ada pun ketupat palas ngan serunding, kari daging. Agak pelik bagi aku sebenarnya. Kalau kat umah mak bukan setakat rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, kuah lodeh, kuah kacang, nasi impit, lemang macam macamlah lauk yang ada **seyes aku tak tipu sebab nanti kami jiran jiran ni akan ada yang hantar lauk sorang cikit, so jadi la banyak ;)** Lagi satu hidangan wajib pada tetamu hari raya pertama soto. Kompem sedara mara yang datang raya akan cari soto dulu. Tapi takpelah nak buat camne kan. lain tempat lain rasa.. Huhu...

Hmm kalau dah raya raya ni haruslah banyak open house kan.. Gemok la camni, mau next check up berat badan naik banyak ni.. Aduhh risau gak ni sebenarnya. Takpe akan aku pastikan semuanya under control :D.. Pepun SELAMAT HARI RAYA !!!

No comments:

Post a Comment