Monday, July 30, 2012

Puasa Oh Puasa

Assalammualikum semua.. Sedar tak sedar dah 10 hari kita berpuasa. Syukur alhamdulillah puasa aku masih tak tinggal lagi. Syokkknye!!~ Walaupun hari ni dah masuk hari ke sepuluh tapi ntah kenapa la hari ni aku rasa hari yang paling lemau sekali aku rasa. Dari pagi sampai la ke petang ni punya la lembik.. Aduss kenapala ni.. Mungkin gara-gara tak makin nasi pagi tadi agaknye. Ni semua salah Encik Suami, katanya tak nak makin nasi time sahur, nak makan roti je. Aku pun terpaksa la ikut, dah banyak hari Encik Suami tak nak makan nasi tapi aku paksa gak kali ni kasi chance la kat dia. Tapi before ni makan nasi pun still rasa ngantuk and tak bermaya gak. Huhuhuhu... Semua tu alasan kan. Dasar memang dah kuat tido memang tak boleh nak apa pun.. Bhahahaha...

Puasa tahun ni tak fully masak kat umah. Takut tak sempat, nak uruskan si kecik tu lagi, sekarang ni tak boleh biarkan Adam main sesorang, kang ntah ke mana mana dia merayap. Sekarang ni dah boleh menggengsot, habis lantai kat umah dia mop. Bukan reti nak duduk diam, laju je guling guling, sekejap kat depan entah bila masa dah sampai ke dapur, bukan tu je ada masa tu hampir dah nak masuk bilik air. Adussss! Risau aku dibuatnya. Aktif sangat sama macam dalam perut dulu, tak reti duduk diam ;). Tapi seronok tengok Adam aktif walaupun penat juga nak menjaga kadang kadang tu  :D

Hari ni masak simple simple je. Lauk kat umah dah takde sangat. Tadi kat cafe pun takde lauk yang menarik sangat. Beli sayur je, selalu beli lauk tapi hari ni terpaksa beli sayur sebab sayur kat umah dah takde and malas nak singgah pasar balik nanti. Esok sahur gamaknya takde sayur la aku nak makan... Walaupun aku rajin membungkus sekarang, dapur kat umah still berasap juga, cuma tak sehebat tahun lepas je. Sahur pagi sekarang ni tak boleh nak menegtuk ngetuk lesung sangat, kang si kecik tu bangun memang payah la aku nak buat keje nanti. So nak taknak memang kena beli cikit lauk untuk sahur, tinggal panaskan je. Senangkan ;P

Selamat berpuasa semua!!

Friday, July 13, 2012

Makanan Orang Malas

Dikala terasa malas nak masak 
Menu yang simple lagi sempoi
Memang sesuai untuk disediakan 
+ senang nak ngap juga

Lately ni memang suka sangat minum Ovaltine
Rasa yang baru ni memang mantap
Sesuai sangat tekak aku
Kebetulan hari tu ada orang jual kat ofis
rm 10 je murahkan! 
Rugi tak beli banyak


Roti gardenia yang baru ni pun sodap!
Malam ni nak buat menu ni lagi la
Buat telur hancur ngan kacang panggang as inti dia pun ok

 


Encik Suami balik lambat malam ni
Nak main badminton setelah sekian lama raket tersimpan dalam beg
**orang baru baik eksiden la katakan**
Malam ni konon nak turun padang katanya

Kerana aku seorang isteri yang memahami si suami
Aku bagi la dia ruang untuk bersuka ria + bersukan ngan kawan kawan
Tapi esok plan nak shopping tudung raya kat Jalan TAR jangan lupa ye wahai Encik Suami
 ^_^
 

Wednesday, July 11, 2012

Cheringin Hill, Janda Baik

Dah lama plan nak pegi jenjalan bawa si budak bam bam ni, dulu masa tengah sarat mengandungkan Adam kami nak ke Kota Kinabalu, Sabah. Tapi masa tu dah sarat sangat so memangla tak dapat nak naik kapal terbang kan. So sekarang kira gantikan balik dulu tak jadi ke Sabah. Walaupun cuma ke Janda Baik je janji dapat jalan, tak kisah la. Lagipun dah tak lama lagi nak puasa so jom la kita jenjalan dulu. Kami booking hotel ni melalui Group on. Dalam tu macam macam ada, harga pun boleh tahan murah.

Hotel ni aku rasa hotel baru, kalau tengok dari bangunan and sekeliling dia nampak sangat baru, yeke baru? ke aku je yang tak tau pasal hotel ni, hehe.. Tak kisah la. Sepanjang kat sana takde apa pun yang kami buat, juz bawa si bam bam mandi kolam je. kalau nak buat aktiviti luar ada, tapi disebabkan kami dengan si kecik ni aktiviti luar kami memang la terbatas, kami juz lepak lepak dalam bilik and jalan jalan kat kawasan sekililng je. Hotel ni best sebab atas bukit, sejuk la juga. Masa kami kat sana penuh juga dengan orang, ada yang buat family day dan ada juga yang tengah berkursus. Kemudahan pun ok not bad. So bagi sapa sapa yang nak relax relax boleh la datang kat Janda Baik, banyak lagi hotel yang boleh korang pilih, ikut budget masing masing. Actually ni 1st time aku sampai kat sini, selama hari ni lalu je, sekarang  baru berkesempatan datang.



Pemandangan dari dalam bilik. Tak sabar nak terjun kolam ;)


Guling-guling dulu sebelum main air. Dah tido baru kita turun ok sayang!






Swimming time!!!!!





Aktiviti lepas mandi harusla cari makan kan. Ingat nak makan malam kat luar, tapi bila usha usha macam takde kedai yang menarik, balik semula ke hotel makan kat hotel je la jawabnya...



Setelah penat berenang ini lah gaya si bam bam bila tido. Letih sangat gamaknya


Pakej bilik include breakfast pagi tu, hurmm so far makanan dia biasa biasa je..



 

Lepas breakfast packing barang terus balik Putrajaya. Tapi before balik tu sempat lagi singgah Sogo bagai.. Huhu. Kesian si bam bam ke sana ke mari kami bawa dia jalan. Sampai umah ayah ngan anak terus tido. Si kecik ni tak penah penah tido lama kali ni memang lama betol dia tido. Mana taknya jalan sakan tak hengat. Manghrib tu siap kena kejutkan, itupun marah, nangis cikit. Lepas mandi and makan terus tido sampai esok pagi... Pepun Adam memang sporting bila pegi jalan, tak penah buat perangai, memang kali jalan si kecik ni. Memang aku perasan tiap kali naik kete muka memang happy. Dari dalam perut memang dah terbiasa jalan sana sini agaknya si kecik ni.. Hehe....

6 Bulan Sudah


Pejam celik pejam celik si comel dah enam bulan setengah sekarang ni. Alhamdulillah... Dari hari pertama Adam keluar dari perut aku hinggalah sekarang Adam hanya minum susu badan aku sahaja. Syukur alhamdulillah. Tidak ada setitik pun selain susu ibu yang mengalir ke dalam tubuh Adam selama enam bulan ni. Aku sangat berbangga dengan diri aku sendiri sebab berjaya menyusukan Adam, bukan aku nak bangga diri tetapi tanggungjawab aku untuk meyusukan anak tercapai jua dengan izin Allah. Rezeki susu untuk Adam sampai sekarang tak pernah putus putus. Stock kat dalam freezer pun banyak lagi. Ibu ibu kat luar sana pun dah mula faham tentang kebaikan susu ibu, cuma sedikit sedih bila ada segelintir ibu ibu yang kurang faham atau memang malas nak faham tentang kebaikan meyusukan anak dengan susu badan. Sanggup beli susu lembu dari bagi susu badan demi nak jaga body, opppsss. Ampun la ye kalau terasa. Apa yang Tuhan jadikan dalam diri manusia takde satu pun yang sia sia, makanya manfaatkanlah setiap kebaikan yang ada dalam diri kita ni ye..

 

Genap enam bulan haritu aku dah mula kenalkan Adam dengan solid food. Gigih aku menggoole sana sini, nak cari resepi untuk anak la katakan. Excited sangat first time nak introduce makanan kat dia. Sekarang ni dah tak susah nak cari info, semua di hujung jari je. Kat facebook macam macam group untuk menu si kecik ada, kat blog jangan cakap la, bersepah.. Hehe.. So solid food pertama untuk Adam aku bagi puree kentang. First time tengok muka dia makan puree kentang ni memang kelakar. Memek muka kemain lagi, pelik agaknya rasa dia, mana taknya selama ni cuma minum susu badan je. Lepas try kentang aku try carrot, avocado, kurma dan sekarang tengah bagi pumpkin pulak. Alhamdulillah Adam suka sangat semua makanan yang aku masak untuk dia. Tapi kena ingat ye ibu ibu kat luar sana kena try 4 day rules dulu tau... Garam and gula jangan campur tau dalam makanan baby kita ni. Biar baby rasa masin manis pahit tawar ke apa ke dari bahan semula jadi je tau! Buah pinggang baby masih tak kuat lagi nak proses semua tu, so jangan kita memandai tambah segala bahan perasa tiruan tu dalam makanan baby. Dah 2 tahun nanti baru sesuai untuk anak kita rasa semua tu. Buat masa ni biar semuanya dari bahan semula jadi. Ceeewaaaah!