Wednesday, July 11, 2012

6 Bulan Sudah


Pejam celik pejam celik si comel dah enam bulan setengah sekarang ni. Alhamdulillah... Dari hari pertama Adam keluar dari perut aku hinggalah sekarang Adam hanya minum susu badan aku sahaja. Syukur alhamdulillah. Tidak ada setitik pun selain susu ibu yang mengalir ke dalam tubuh Adam selama enam bulan ni. Aku sangat berbangga dengan diri aku sendiri sebab berjaya menyusukan Adam, bukan aku nak bangga diri tetapi tanggungjawab aku untuk meyusukan anak tercapai jua dengan izin Allah. Rezeki susu untuk Adam sampai sekarang tak pernah putus putus. Stock kat dalam freezer pun banyak lagi. Ibu ibu kat luar sana pun dah mula faham tentang kebaikan susu ibu, cuma sedikit sedih bila ada segelintir ibu ibu yang kurang faham atau memang malas nak faham tentang kebaikan meyusukan anak dengan susu badan. Sanggup beli susu lembu dari bagi susu badan demi nak jaga body, opppsss. Ampun la ye kalau terasa. Apa yang Tuhan jadikan dalam diri manusia takde satu pun yang sia sia, makanya manfaatkanlah setiap kebaikan yang ada dalam diri kita ni ye..

 

Genap enam bulan haritu aku dah mula kenalkan Adam dengan solid food. Gigih aku menggoole sana sini, nak cari resepi untuk anak la katakan. Excited sangat first time nak introduce makanan kat dia. Sekarang ni dah tak susah nak cari info, semua di hujung jari je. Kat facebook macam macam group untuk menu si kecik ada, kat blog jangan cakap la, bersepah.. Hehe.. So solid food pertama untuk Adam aku bagi puree kentang. First time tengok muka dia makan puree kentang ni memang kelakar. Memek muka kemain lagi, pelik agaknya rasa dia, mana taknya selama ni cuma minum susu badan je. Lepas try kentang aku try carrot, avocado, kurma dan sekarang tengah bagi pumpkin pulak. Alhamdulillah Adam suka sangat semua makanan yang aku masak untuk dia. Tapi kena ingat ye ibu ibu kat luar sana kena try 4 day rules dulu tau... Garam and gula jangan campur tau dalam makanan baby kita ni. Biar baby rasa masin manis pahit tawar ke apa ke dari bahan semula jadi je tau! Buah pinggang baby masih tak kuat lagi nak proses semua tu, so jangan kita memandai tambah segala bahan perasa tiruan tu dalam makanan baby. Dah 2 tahun nanti baru sesuai untuk anak kita rasa semua tu. Buat masa ni biar semuanya dari bahan semula jadi. Ceeewaaaah!



No comments:

Post a Comment