Wednesday, July 11, 2012

Cheringin Hill, Janda Baik

Dah lama plan nak pegi jenjalan bawa si budak bam bam ni, dulu masa tengah sarat mengandungkan Adam kami nak ke Kota Kinabalu, Sabah. Tapi masa tu dah sarat sangat so memangla tak dapat nak naik kapal terbang kan. So sekarang kira gantikan balik dulu tak jadi ke Sabah. Walaupun cuma ke Janda Baik je janji dapat jalan, tak kisah la. Lagipun dah tak lama lagi nak puasa so jom la kita jenjalan dulu. Kami booking hotel ni melalui Group on. Dalam tu macam macam ada, harga pun boleh tahan murah.

Hotel ni aku rasa hotel baru, kalau tengok dari bangunan and sekeliling dia nampak sangat baru, yeke baru? ke aku je yang tak tau pasal hotel ni, hehe.. Tak kisah la. Sepanjang kat sana takde apa pun yang kami buat, juz bawa si bam bam mandi kolam je. kalau nak buat aktiviti luar ada, tapi disebabkan kami dengan si kecik ni aktiviti luar kami memang la terbatas, kami juz lepak lepak dalam bilik and jalan jalan kat kawasan sekililng je. Hotel ni best sebab atas bukit, sejuk la juga. Masa kami kat sana penuh juga dengan orang, ada yang buat family day dan ada juga yang tengah berkursus. Kemudahan pun ok not bad. So bagi sapa sapa yang nak relax relax boleh la datang kat Janda Baik, banyak lagi hotel yang boleh korang pilih, ikut budget masing masing. Actually ni 1st time aku sampai kat sini, selama hari ni lalu je, sekarang  baru berkesempatan datang.



Pemandangan dari dalam bilik. Tak sabar nak terjun kolam ;)


Guling-guling dulu sebelum main air. Dah tido baru kita turun ok sayang!






Swimming time!!!!!





Aktiviti lepas mandi harusla cari makan kan. Ingat nak makan malam kat luar, tapi bila usha usha macam takde kedai yang menarik, balik semula ke hotel makan kat hotel je la jawabnya...



Setelah penat berenang ini lah gaya si bam bam bila tido. Letih sangat gamaknya


Pakej bilik include breakfast pagi tu, hurmm so far makanan dia biasa biasa je..



 

Lepas breakfast packing barang terus balik Putrajaya. Tapi before balik tu sempat lagi singgah Sogo bagai.. Huhu. Kesian si bam bam ke sana ke mari kami bawa dia jalan. Sampai umah ayah ngan anak terus tido. Si kecik ni tak penah penah tido lama kali ni memang lama betol dia tido. Mana taknya jalan sakan tak hengat. Manghrib tu siap kena kejutkan, itupun marah, nangis cikit. Lepas mandi and makan terus tido sampai esok pagi... Pepun Adam memang sporting bila pegi jalan, tak penah buat perangai, memang kali jalan si kecik ni. Memang aku perasan tiap kali naik kete muka memang happy. Dari dalam perut memang dah terbiasa jalan sana sini agaknya si kecik ni.. Hehe....

No comments:

Post a Comment