Monday, October 8, 2012

Pavlova

Dah lama nak buat pavlova ni sebenarnya.. Tapi sabtu lepas baru dapat buat, kat umah mak ada buat bbq sempena nak sambut birthday cucu sedara aku, kalau aku dah dikira cucu mak aku pangkat moyanglahkan? Waaaaa muda muda aku dah dapat title nenek.. Huhu.

So kalau dah ramai ramai ni bolehla aku tunjuk bakat aku yang tak seberapa nikan. Bukan apa kalau buat setakat makan aku laki bini haruslah tak seronok... Resepi ni bila aku google sana sini sama je.. Tapi aku banyak ikut cara Kak Ana. Nak buatnya tak susah mana pun. Jom try!

Bahan :

4 biji telor putih 
Secawan gula (better kurangkan kepada setengah cawan bagi orang yang tak suka manis)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh essen vanila
1/2 sudu teh cuka

Cara :

1. Putar putih telor dengan kelajuan tinggi sampai gebu a.k.a soft peak.

2. Kemudian sambil putar putih telor tadi masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Pukul sampai kental.

3. Lepas tu masukkan tepung jagung tadi. Putar cikit lagi dalam seminit dua. Ok stop!

4. Dah tu dengan menggunakan spatula gaulkan essen vanila dengan cuka tadi. Guna kaedah kaup balik.   Make sure semua bahan tadi dah serasi bersama tau.. Hehe. Ok siap!Benda ni bila dah siap di panggil meringue.

5. Lupakan sekejap meringue kita tadi. Amik baking paper. Kalau nak senang amik je tin atau apa apa bentuk bulat lukis ikut bulatan tu. Letakkan meringue tadi atas baking paper.

6. So sekarang kita boleh bakarkan meringue kita tadi. Make sure oven tu kita dah panas kan terlebih dahulu. Suhu yang sesuai untuk bakar meringue ni 100-150 darjah celsius. Bergantung pada oven masing masing. Di ingatkan juga kena bakar pakai api bawah je tau. Letakkan dulang di tengah oven. Bakar dalam 1 jam 15 minit. Jangan buka tutup oven semasa membakar ye. Tanda meringue dah masak bila kita sentuh meringue tu dia dah tak melekit dan permukaannya agak rapuh. Lepas masak jangan terus keluarkan dulu meringue tu kasi dia dah sejuk cikit baru boleh keluarkan dari oven. Siap!

Topping :

Secawan atau 250 ml whipping cream
(pukul whipping cream sampai kental atau kalau nak senang beli je yang dah siap tu)
Buah-buahan (kiwi,anggur,mangga,strawberry etc potong ikut suka hati korang ;P)


Cara Menghias :

Bila meringue tadi dah sejuk bolehla kita hiaskan dia.Whipping cream tadi kita letakkan atas dia banyak banyak. Lepas tu susun buah yang kita potong tadi atas whipping cream tadi. Ok dah siap sepenuhnya pavlova korang tu. Kalau nak lagi sedap sejukkan dulu dalam peti ais. Makan sejuk sejuk lagi sedap! Senangkan.

Bila semua dah siap boleh la dihindangkan untuk para tetamu. Pavlova ni sangat sedap sebenarnya cuma kita kena pandai adjust tahap kemanisan dia jela. Aku sarankan kepada sesapa yang ada kencing manis amik sepotong je. Yang lain tu bagi jela orang lain makan. Hahahaha.. 


Inilah pavlova hasil air tangan aku sendiri




No comments:

Post a Comment