Petang semalam punya aktiviti, lepak kat Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Dah lama tak "lepaking" bertiga macam ni. Ala ala picnic gitu.. Tapi aku lupa nak beli keropok / jajan buat kudap kudapan aku dan Encik Suami. Adam punya makanan je aku dah siap siap bawa dari umah.. Haishhh tengok Adam makan jela nampaknye.. Huhu~ Jom layan gambar comel dia ^(*-*)^
Sekarang ni Adam dah mula nak menapak. Kemain bersungguh sungguh dia memanjat badan aku sekarang. Dah pandai berdiri sendiri sekarang ni, langkat setapak dua jatuh. Ohhh baby ibu dah nak berjalan tak lama lagi. Boleh main kat taman plak la lepas ni.. Tapi merangkak tak pandai pandai lagi. Nampak macam dia tak yakin je nak merangkak. Merangkak cikit je pastu mengengsot. Laju plak tu dia dah macam buat combat askar plak. Tau la arwah atok dia bekas askar. Hehe.. Sedar tak sedar dah 9 bulan setengah umur anak ibu sekarang ni. Apa pun ibu tetap bangga dengan pencapaian anak ibu..
No comments:
Post a Comment