Kebaikan susu ibu memang tak dapat kita nafikan. Sebab tu before preggy lagi aku dah nekad nak bagi susu badan bila aku ada anak nanti. Alhamdulillah hajat aku nak menyusukan anak dimakbulkan Allah. Before preggy aku cari info tentang dunia penyusuan. Semua maklumat tu aku kumpul dan praktikkan. Aku tengok kakak aku sendiri susukan anak dia, so itu kira motivasi untuk aku juga la kiranya.
Walaupun aku aku bersalin secara ceaser, alhamdulillah aku still boleh breastfeed anak aku lepas keluar dari bilik bedah. Syukur sangat aku tak kena bius full body. Aku memang dah pesan kat nurse awal awal yang aku nak breastfeed baby aku. Adam pun lepas keluar tu terus pandai isap, kuat sangat masa dia isap tu, memag terasa la suction dia tu, rasa nak menitis air mata je, syukur sangat, so colostrum tu memang adam dapatla. Sejak dari hari pertama adam bernafas kat dunia ni sampai la sekarang (dah setahun lebih sekarang ni) adam still breastfeed lagi, tak penah sekali pun adam minum susu tepung lagi. Rasa syukur sangat sebab adam membesar dengan air susu badan aku je, stock susu adam pun still penuh lagi dalam freezer. Takde ruang langsung nak simpan lauk, semua penuh dengan susu dia je.
Betulla apa orang kata kalau kita betul betul niat dan usaha untuk bagi susu badan sepenuhnya pada anak tak kirala betapa payah pun dugaan yang kita kena lalui, tapi kalau kita kuat dan tabah, insyaAllah kita pasti akan berjaya juga. Sokongan dari suami juga amatlah membantu. So pada ibu ibu kat luar sana tu sama sama la kita berjuang untuk menyususkan anak kita secara exclusive. Kalau takde ilmu jangan buat donno je. Tanyalah pada yang pakar dan sekarang ni semua info boleh dapat dari internet. Blog blog pun banyak info pasal dunia penyusuan. So takde alasan lagi nak kata kita takde ilmu. Semua atas diri kita, sama ada nak atau tidak. Selamat menyusukan anak anda(**,)
No comments:
Post a Comment