Friday, January 11, 2013

Kesian Adam

Assalamualaikum korang... Sekejap je kan dah hari jumaat. Esok cuti, tapi hari cuti kami dah tak macam hari cuti pun. Ada dah plan nak ke sana sini. Esok Nak pegi wedding member masa kat UiTM dulu, malam pulak nak ke rumah kakak ada buat hari jadi sepupu Adam. Esoknye pulak nak pergi kenduri aqiqah rumah member sekolah.. Tak pergi tak syok pulak kan, aku ni kalau orang dah jemput kalau tak pergi rasa bersalah sangat. Takpelah kita pegi jelah dapat makan free, haha **dasar kaki melantak btol lah!**

Minggu ni Adam bam bam demam la pulak. Badan dia kejap panas sangat kejap ok. Haishh risau di buatnya. Hari rabu lepas terpaksala aku amik cuti sebab nak jaga dia. Takkan nak hantar taska juga kan demam demam camni, kesian pulak dia nanti. Nasib kat bawah umah aku ada Klinik Kesihatan, so tengah hari tu pegi la sekejap amik ubat. Encik Suami baru je sebulan keje kat tempat baru so tak berapa sesuai la pulak kalau dia nak cuti kan.. Kat klinik tu nak jumpa doktor makan masa cikit sebab kat situ ada sorang je doktor, so takpela tunggu jela lagipun umah aku kat atas je kalau rasa penat sangat menunggu boleh lari naik atas jap. Sementara nak jumpa doktor punyalah hazab melayan kerenah si kenit ni. Suara sentiasa high pitching. Nak jalan sana sini. Pengsan aku di buatnya. Tapi layankan aje, nasib waktu tu orang dah tak ramai sangat.

Mujurlah si kenit ni demam takdela sampai tahap lembik aku tengokkan, still boleh main main lagi tapi tang merengek tu toksah cakap la, mengadanye pun lebih cikit time time camni. Kadang kadang memang tak terlayan. Tapi dah bebudak memang gitu la perangai dia, kita yang tua ni pun kalau sakit ngada ngada juga, ye tak? Mungkin Adam demam sebab nak pandai cakap kot lepas ni **orang tua tua la selalu cakap camni bila anak demam mesti nak pandai sesuatu** Harap macam tu la kan. Sekarang pun aku tengok dia dah pandai express kan sesuatu. Bila dia tak sampai nak amik mainan, nanti mesti dia macam pegi berdiri kat tempat tu pastu pandang kat mainan dia, nak minta aku capaikan, pastu bila main henpon bila dia dah malas nak tekan dia tarik tangan aku untuk tekan henpon tu pulak untuk dia. Alhamdulillah Adam dah semakin bijak sekarang.

Tapi bila Adam buat perangai merengek tak tentu pasal boleh bikin aku stress! Lagi lagi bila dia suka nangis time tengah tido. Puas la aku susukan kiri kanan, tapi nangis juga. Hadoii boleh maigrain camni. Bila dah tak larat nak layan aku buat donno je kekadang tu **gila kejam dapat mak macam aku**, bukan sengaja buat donno ni, time ni la si suami akan faham yang kita ni penat, kalau kita asyik pujuk anak, dia pula asyik tido, ini tidak adil! So haruslah kita buat buat tak dengar anak nangis kekadang tu. Hahahaha, amacam tektik aku ok? Tapi bila buat donno tu sebenarnya rasa bersalah juga di buatnye. Pagi tadi lepas ayah dia tak berjaya pujuk baru la aku amik dia semula, kesian pulak tengok dia nangis. 

Pagi tadi elok tengah tido ayah dia pulak dok lenyek dia. Dah si kenit tu terjaga. Baru la kenit tu nak sambung tido. Huhu.. Sekarang ni Adam tido dah lasak, tonggang terbalik dah kekadang tu. Bila dah terjaga merengek lagi. Masa tengah panaskan bubur Adam aku biarkan dia berdiri tepi aku tapi aku tak dokong pun dia, sebab sibuk goreng ikan salmon dia sambil panaskan bubur skali. Tengah aku buat taktau tu dia merengek sambil usap usap peha aku. Terus sentap aku di buatnya. Aku terus dokong dia. Alahai kesian sangat aku tengokkan. Dia minta perhatian tapi aku buat taktau je kan. Jahat betul aku ni. memang rasa sedih sangat bila fikirkan balik. Ya Allah rasa bersalah sangat sangat lepas tu. Nak nangis pun ada. Haila aku ni baru anak sorang tu pun tak boleh nak handle, camne la kalau anak 2, 3 orangkan. Sorry Adam, ibu tak sengaja nak marah kan Adam, ibu tak sengaja buat taktau kat Adam, ibu tak sengaja nak abaikan Adam. Ibu tau ibu salah, ibu janji ibu akan lebih bersabar dan bersungguh sungguh jaga Adam lepas ni. Maafkan ibu ye sayang..



Gambar ni baru amik petang semalam. one of feveret mainan adam. Hadiah hari jadi Adam. Sekarang Adam dah pandai main benda ni. Adam berjaya masukkan block ni tanpa bantuan sesiapa pun. Well done anak ibu! So proud of you.


No comments:

Post a Comment