Waaa dah tahun baru dah. Cepat betul masa berlalu. Seperti biasa aku memang selalu ketinggalan. Tapi aku nak ucap juga SELAMAT TAHUN BARU 2013 pada semua especially kawan kawan yang sudi singgah baca blog aku yang tak glamor ni.. Huhu..
Ok untuk entry pertama bagi tahun 2013 ni aku nak tempek la gambar Adam. Asyik asyik gambar and cerita pasal Adam je kan, habis nak cite pasal apa lagi, nak cite pasal adik Adam tak boleh lagi. Proses pun belum lagi, ahaks! Oppps yang tu nanti dulu ... Walaupun kadang-kadang kesian sangat tengok Adam main sorang sorang nak juga bagi dia kawan kan.. Ngee~ tapi nanti dulu la. Kalau di izinkan Tuhan aku nak full breastfeed Adam sampai 2 tahun, insyaAllah... Yup! sehingga hari ini Adam still melekap lagi di dada ku.. muahaha.. This moment sangat la indah, aku sentiasa berharap bekalan untuk Adam cukup la hingga ke 2 tahun...
Aktiviti weekend kami bersama. Memandangkan hujung minggu jela waktu yang ada untuk kami bermesra lama lama, kalau hari keje rasa sekejap sangat dapat main ngan anak kan. So time cuti ni la baru sempat nak bawa dia main kat luar. Since Adam dah boleh berjalan dan dia sangat la suka berjalan aku dan Encik Suami bawa dia kat tempat yang luas supaya dia boleh jalan puas puas. Bagi dia jalan sampai penat, confirm malam nanti dia nyenyak tido, sebab kepenatan. Bagus tak idea kami? Hahahaha**gelak jahat**
Punyala dia suka main masa ni.. Tak larat nak kejar rasanya. Nasib tak ramai orang. Agak pelik sebab petang petang camni selalunya ramai orang. Tapi petang tu rasa macam kami bertiga je yang ada. Ada yang 3 4 orang tu pun tourist pak arab. Hurmm mana pergi warga Putrajaya ni, korang pegi shopping ke? Tapi bila kami datang balik hari ahad tu mak aiii ramai la pulak.. Huhu... Ingatkan dah takde orang kat putrajaya ni, huhu~
Me (**,)
Setelah kepenatan bermain dan perut mak bapak dah lapar mohle kita cari kedai makan. First time makan kat Galleria Putrajaya ni.. Ingat kan kat sini ada muzium ke apa ke, rupanya kedai kedai makan dengan ofis je.. Mati mati aku ingat ada muzium ;P. Ada beberapa kedai makan kat sini macam Secret Recipe, Rasa Utara, Al Dente, Killiney Kopitiam, Padi House pastu ada Cosway and beberapa kedai baju. Floor bawah ni je kedai yang atas tu semua ofis, Kementerian Pelajaran Tinggi punya kalau tak silap. Untungla orang keje kat situ boleh makan sedap selalu..
Setelah usha kedai mana yang nak agak menarik, maka kami pilih Padi House jelah. Sebab nampak kek tu yang rasa tergoda, kalau kek kat Secret Recipe tu dah biasa sangat makan, kali ni try tempat baru pulak.
Tengok si tuan kecik ni memang tak reti nak duduk diam sekarang. Kalau kita dokong meronta ronta nak orang lepaskan dia.
Dalam kedai pun tak reti nak duduk diam, dah tak larat nak kejar.
Sudahnye aku masukkan aje dalam baby chair tu, duduk la situ diam diam
;D
Ayah sibuk main henpon, sambil tu mulut sibuk suruh anak diam..hadoiila~
Honeydew & Green Apple
Yang pasta ni aku punya
Pasta De Pesto With Grilled Chicken
Pasta De Pesto With Grilled Chicken
Rasa dia ok la..Tapi kalau ada berkuah cikit lagi umpph!
Yang ni Encik Suami punya
Grilled Chicken With Pesto Fondue
Sedap!
Yang ini namanya Mascarpone Layer Cheese Cake
Super sedap dan wajib cari resepi ni!!!
Gile ringan teksture kek ni, bila makan memang tak rasa muak langsung
Ikut hati nak order 10 slice
Makanan Adam lupa nak amik
Tapi dia punya haruslah homemade kan..
Walaupun pada dasarnye nampak aku ni macam mak yang kejam
Sebab tak bagi langsung makanan luar kat anak aku, tapi percayalah ini semua untuk kebaikan Adam juga
Lepas 2 tahun nanti baru aku boleh lepaskan cikit cikit anak aku makan masakan orang luar
Sekarang ni makanan dia semua terpelihara dari sebarang rasa tiruan
Garam dan gula memang takde lagi dalam makanan dia
Overall makanan kat sini ok
Hargapun berpatutan
Next time bolehla datang lagi
Masing masing dah kekenyangan
Paling suka tengok gambar ni
Adam sekarang dah pandai kiss ibu dengan ayah dia
Bila suruh kiss je bukan main seronok lagi sampai kiss ulang ulang kali
Bila minta amik barang pun dah pandai
Cuma bercakap je belum lagi
Tapi kalau cakap bahasa dia tu toksah kira la
Ada je dia punya macam macam bunyi keluar
Aku ngan Encik Suami memang mengekekngekek ketawa
Habis sudah cerita kami buat masa ni. Weekend memang kami bertiga jarang ada kat umah. Kalau tak balik umah nenek Adam kat Klang, mesti Encik Suami ajak keluar jalan jalan. Plan asal nak pegi KL, tapi memandangkan takut duit mengalir bak air terjun aku ajak jela Encik Suami pusing pusing kat kawasan selamat. Huhu..
Tapi lepas makan tu sempat juga singgah Jusco kat Equine Park. Beli barang dapur cikit tapi tu pun control diri dari bershopping. Ramai pulak orang time tu, rupanya ada sale! Grrrrrr~ Jalan jalan sambil buat buat macam tak nampak perkataan SALE. Kena control cikit sekarang ni. Tahun lepas dah banyak sangat aku berbelanja secara tak berhemah (~. ~)". Tahun ni kena control lebih cikit lagipun plan nak berjalan tahun ni macam banyak je.. Untuk 2 tempat macam dah confirm. Hujung bulan ni nak balik kampung Kedah lagi. Nak kena kumpul juga duit sebab insyaAllah tahun depan nak prepare untuk masuk rumah sendiri. Uisshh banyak duit nak guna ni. Hadoila boleh pitam camni!!!
No comments:
Post a Comment