Friday, November 22, 2013

Pregnant Untuk Kali Ke 2



Alhamdulillah niat nak bagi Adam adik akhirnya kesampaian juga. Syukur sangat memang kandungan kali ni di tunggu tunggu. Sebelum dapat tahu diri aku preggy tanda tanda orang pregnant  aku dah dapat rasa. Memula tu biasa la kan period datang lambat, tapi itu belum kepastian lagi sebab penah juga before ni period lambat seminggu. So bila lambat period tu aku tak confident lagi tapi bila ada rasa mual mual cikit tapi taklah sampai muntah, ada rasa letih and aku perasan perut aku penah sekali tu cramp sekejap. Haaa bila dah ada tanda tanda semua tu aku dah dapat rasa dah mungkin aku pregnant. Diri kita mesti kita dapat rasa kan.

Untuk confirmkan aku pun beli la pregnancy test kat watson. Hari jumaat baru aku try, memula macam takut nak buat sebab takut kecewa tapi kalau tak buat lagi tak tau kan. Ok lepas semayang insya' aku pun try. Alhamdulillah +ve . Hopefully preggy kali ni tak terukla mabuknye. Masa Adam dulu masuk trimester kedua baru mabuk. Berdebar juga sebenarnye nak tunggu kelahiran kali ni. Harap kali ni dapat la bersalin normal. Aminnnn

Actually Adam sekarang  ni masih fully breastfeed lagi. Tak sampai 3 minggu lagi Adam nak genap 2 tahun. Ya Allah harap harap aku dapat bertahan untuk tunggu Adam sampai 2 tahun. ni nak bagi dia susu badan. So far dari pembacaan aku, aku masih mampu lagi untuk breastfeed Adam. Hopefully lepas je 2 tahun Adam dah boleh tak 'bergayut' lagi.. Nak berhenti kan terus rasa sayang pulak. Hurmm harap aku masih mampu bertahan....


Thursday, November 21, 2013

Kampung Kacang Putih, Buntong, Ipoh

Masa ke Ipoh haritu kecoh orang sebut pasal kacang kacang ni. Aku pun google la apa yang patut. Ok actually ni kali pertama aku ke Ipoh, itu pun sebab ada urusan rasmi kat sana. Kena attend kursus. Berkampung la Adam dengan ayahnye dalam bilik 3 hari. Kami stay di Syuen Hotel, Ipoh. Orang kata hotel tu berhantu. Ada member yang kena kacau, nasib time aku kat sana tak kena apa apa. Selamat!

Ooo baru aku tau ada tempat yang famous dengan kacang kacang ni. Nama kampung tu adalah Kampung Kacang Putih, Buntong, Ipoh. Hotel kami duduk taklah jauh sangat dari perkampungan ni. Nak pegi sana kalau tak takde map agak payah. Nasib teknologi sekarang membantu. Aku pakai WAZE aje ala adik beradik dengan google map juga la. Korang download aje dalam application store tu. Senang!

Sejarah Kampung Kacang Putih


"Penempatan asal kebanyakan penduduk perkampungan ini sebenarnya adalah menetap di kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Di mana lokasi asal perkampungan tersebut kini berhampiran dengan Kuil Sri Subramaniar, iaitu tempat perayaan Thaipusam kat Bandar Ipoh ni. Di sinilah tempat moyang mereka menetap setelah berhijrah ke Malaya pada awal abad ke-19. Penduduk di sini terdiri dari petani, pekerja dan peniaga termasuk yang menjual kacang putih.

Namun dalam satu kejadian malang pada awal tahun 70-an, bongkah batu kapur yang besar dari Gunung Cheroh telah menghempap kampung tersebut. Selepas dari kejadian itu, penempatan tersebut telah dipindahkan ke kawasan sekarang. Di penempatan baru ini, penduduk yang terselamat meneruskan perniagaan kacang putih dengan penghasilan produk kacang putih seperti kacang santong, vadei, pakoda, kacang hijau dan maruku yang telah diwarisi secara turun-temurun.


Oleh kerana hampir semua keluarga yang memulakan hidup baru di penempatan baru tersebut terlibat dalam industri kacang putih, mereka kemudiannya bersepakat menamakan perkampungan baru tersebut sebagai Kampung Kacang Putih dan ia terus kekal hingga sekarang."

Copy paste dari blog Kaki Jalan




Adam ni kalau amik gambar mesti trademark 1 Malaysia tak hilang

 




Memang rambang biji mata di buatnya bila masuk kat dalam kedai tu. Banyak sangat kerepek dan kekacang. Aku beli sampai nak dekat 10 peket. Aku beli banyak sebab nak bagi mak cikit, nak bawa ofis cikit, Encik Suami pun nak bawa kat ofis dia lagi dan tak lupa juga stok kat umah pun wajib ada. Masa nak bayar aku rasa macam lebih rm50. Tapi sangkaan aku meleset tak sampai pun. Memang terkejut beruk aku dibuatnya. Aku amik mostly setengah kg punya kerepek. Perghhh memang murah. Kalau aku tau aku beli lagi 10 peket. Tapi beli banyak banyak pun nak buat apa kalau takde orang makan kan. Beli secukupnya sudahla kan. Tak baik membazir. Huhu. Ok korang jangan risau ye walaupun perniagaan ni kaum India yang buat status HALAL tak perlu diragui. Diorang ni semua memang dipantau Jakim Perak.

Lepas borong segala kerepek bagai mai la kita singgah kat Restoran Vaggey. Memang famous la kalau kat Ipoh ni. Semalamnye aku dah  pekena nasi ganja rupa dan rasa lebih kurang sama je, cuma kat Restoran Vaggey ni lauk dia banyak cikit la. Aku amik lauk udang dengan sotong cikit. Ko tau bape hengget. aku punya je sepinggan rm16. Hamik ko! Aku dah tau mahal tapi takpelah sekali sekala, apa salahnye kan. Huhu. Nak kata sedap sangat tu bagi aku tak juga la. Bolehla, bagi aku sedap lagi nasi kandar pelita kot.

Elok balik ofis minggu depan tetiba keluar pulak cerita dua restoran ni kena sita sebab kotor. Puiiii punyala lahap kami makan alih alih kotorla pulak kedai tu. Bukan aku sorang je kawan kawan yang lain pun ada makan gak. Tapi yang paling best diorang makan kat kedai nasi ganja je tapi aku sampai dua dua kedai aku balun. Huhuhu.. Nasib la tak jadi apa apa kat aku lepas makan nasi ni. Phewwww~

Wednesday, November 20, 2013

Kisah Adam

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia! Apa khabar korang di sana? Hopefully semuanya sihat belaka.. So sempena cuti sekolah yang baru bermula ni apa planning? Memandangkan aku masih punya anak yang masih belum bersekolah erti cuti sekolah takla bermakna sangat buat kami, huhu.. Sebenarnya entry kali ni nak story pasal Adam. Jejaka hensem ibu dan ayah ;P

Bulan lepas bawa la Adam pegi gunting rambut mula mula memang bawa kat kedai biasa yang kami selalu pegi tapi bila lama sangat tunggu depan kedai pak cik tu dan bosan menunggu pak cik kedai yang tak kunjung tiba aku pun bawa la pegi kedai lain. Hasilnya memang mengerikan. Ayahnye punya rambut pun ntah apa jadi. Memang tension kami laki bini di buatnya. Sakit hati tengok rambut diorang ni jangan cakap la. Encik Suami pun tak habis habis salahkan aku sebab ajak pegi kedai gunting rambut tu, alahai mana aku tau nak jadi macam ni. Memang sumpah kami takkan pegi lagi kedai tu lagi. 

Bila si Adam dah berambut botak macamni aku tengok muka dah ala ala Lantodak lah pulak... Perangai pun dah bikin macam macam. Kepala dah ringan maka banyak plan 'baik' dia rancang. Memang sakit ahti aku, tapi apa boleh buat, layankan aje la perangai budak kecik ni. Tapi kalau dah tak tahan melayang juga jari jemari aku kat si kecik ni. Haishhhh sorry ye sayang. Ibu geram sangat tengok perangai Adam kekadang.


Sekarang ni kalau balik dari taska mesti nak singgah main kat playground bawah rumah dulu. Sampai nangis nangis la kalau tak nak bawa.  Penah sekali aku sakat dia aku cakap "Adam kita naik jela" terus dia nangis hentak kaki tanda protes, tapi bila aku kata "ok kita main kat taman ye" huuuu dia punya happy jangan cakap la. Siap tepuk tangan sambil lompat lompat lagi. Kemain happy la tu. Tapi letih pulak nak tunggu dia main kat situ,  bukan reti sekejap, kadang kadang kena paksa balik la dibuatnya. Kadang kadang pancing beli air kotak. Huhuhu


Sebelum aku dan Encik Suami makan malam memang aku akan suapkan nasi siap siap kat Adam, tapi haritu dia buat donno aje aku nak bagi makan. Perut aku pun dah lapar sangat so aku biarkan aje dia tengok tv, tengah syok orang makan dia datang amik piring yang ada tahu sambal aku buat tu. Aku ingat dia nak main main, rupanya dia makan betul betul. Ooo makaiiii anak aku ni. Tekak memang macam aku la, suka makan peda pedas. Bila aku amik bagi tahu yang tak bersambal punya la dia mengamuk. Sudahnye aku biarkan aje. Nasi dia tak usik sangat pun. Bukan sekali ni je dia makan pedas hari tu Encik Suami gorengkan mihun kat si kecik ni aku dah kata letak sambal cikit je, ntah macamana dia rasa mihun tu agak pedas, tapi bila bagi Adam makan dia steady je. Aku pun tak faham dengan Adam ni kekadang, dari mana la dia belajar makan pedas ni.