Assalamualaikum dan selamat pagi dunia! Apa khabar korang di sana? Hopefully semuanya sihat belaka.. So sempena cuti sekolah yang baru bermula ni apa planning? Memandangkan aku masih punya anak yang masih belum bersekolah erti cuti sekolah takla bermakna sangat buat kami, huhu.. Sebenarnya entry kali ni nak story pasal Adam. Jejaka hensem ibu dan ayah ;P
Bulan lepas bawa la Adam pegi gunting rambut mula mula memang bawa kat kedai biasa yang kami selalu pegi tapi bila lama sangat tunggu depan kedai pak cik tu dan bosan menunggu pak cik kedai yang tak kunjung tiba aku pun bawa la pegi kedai lain. Hasilnya memang mengerikan. Ayahnye punya rambut pun ntah apa jadi. Memang tension kami laki bini di buatnya. Sakit hati tengok rambut diorang ni jangan cakap la. Encik Suami pun tak habis habis salahkan aku sebab ajak pegi kedai gunting rambut tu, alahai mana aku tau nak jadi macam ni. Memang sumpah kami takkan pegi lagi kedai tu lagi.
Bila si Adam dah berambut botak macamni aku tengok muka dah ala ala Lantodak lah pulak... Perangai pun dah bikin macam macam. Kepala dah ringan maka banyak plan 'baik' dia rancang. Memang sakit ahti aku, tapi apa boleh buat, layankan aje la perangai budak kecik ni. Tapi kalau dah tak tahan melayang juga jari jemari aku kat si kecik ni. Haishhhh sorry ye sayang. Ibu geram sangat tengok perangai Adam kekadang.
Sekarang ni kalau balik dari taska mesti nak singgah main kat playground bawah rumah dulu. Sampai nangis nangis la kalau tak nak bawa. Penah sekali aku sakat dia aku cakap "Adam kita naik jela" terus dia nangis hentak kaki tanda protes, tapi bila aku kata "ok kita main kat taman ye" huuuu dia punya happy jangan cakap la. Siap tepuk tangan sambil lompat lompat lagi. Kemain happy la tu. Tapi letih pulak nak tunggu dia main kat situ, bukan reti sekejap, kadang kadang kena paksa balik la dibuatnya. Kadang kadang pancing beli air kotak. Huhuhu
Sebelum aku dan Encik Suami makan malam memang aku akan suapkan nasi siap siap kat Adam, tapi haritu dia buat donno aje aku nak bagi makan. Perut aku pun dah lapar sangat so aku biarkan aje dia tengok tv, tengah syok orang makan dia datang amik piring yang ada tahu sambal aku buat tu. Aku ingat dia nak main main, rupanya dia makan betul betul. Ooo makaiiii anak aku ni. Tekak memang macam aku la, suka makan peda pedas. Bila aku amik bagi tahu yang tak bersambal punya la dia mengamuk. Sudahnye aku biarkan aje. Nasi dia tak usik sangat pun. Bukan sekali ni je dia makan pedas hari tu Encik Suami gorengkan mihun kat si kecik ni aku dah kata letak sambal cikit je, ntah macamana dia rasa mihun tu agak pedas, tapi bila bagi Adam makan dia steady je. Aku pun tak faham dengan Adam ni kekadang, dari mana la dia belajar makan pedas ni.
No comments:
Post a Comment