Alhamdulillah niat nak bagi Adam adik akhirnya kesampaian juga. Syukur sangat memang kandungan kali ni di tunggu tunggu. Sebelum dapat tahu diri aku preggy tanda tanda orang pregnant aku dah dapat rasa. Memula tu biasa la kan period datang lambat, tapi itu belum kepastian lagi sebab penah juga before ni period lambat seminggu. So bila lambat period tu aku tak confident lagi tapi bila ada rasa mual mual cikit tapi taklah sampai muntah, ada rasa letih and aku perasan perut aku penah sekali tu cramp sekejap. Haaa bila dah ada tanda tanda semua tu aku dah dapat rasa dah mungkin aku pregnant. Diri kita mesti kita dapat rasa kan.
Untuk confirmkan aku pun beli la pregnancy test kat watson. Hari jumaat baru aku try, memula macam takut nak buat sebab takut kecewa tapi kalau tak buat lagi tak tau kan. Ok lepas semayang insya' aku pun try. Alhamdulillah +ve . Hopefully preggy kali ni tak terukla mabuknye. Masa Adam dulu masuk trimester kedua baru mabuk. Berdebar juga sebenarnye nak tunggu kelahiran kali ni. Harap kali ni dapat la bersalin normal. Aminnnn
Actually Adam sekarang ni masih fully breastfeed lagi. Tak sampai 3 minggu lagi Adam nak genap 2 tahun. Ya Allah harap harap aku dapat bertahan untuk tunggu Adam sampai 2 tahun. ni nak bagi dia susu badan. So far dari pembacaan aku, aku masih mampu lagi untuk breastfeed Adam. Hopefully lepas je 2 tahun Adam dah boleh tak 'bergayut' lagi.. Nak berhenti kan terus rasa sayang pulak. Hurmm harap aku masih mampu bertahan....
No comments:
Post a Comment