Thursday, November 21, 2013

Kampung Kacang Putih, Buntong, Ipoh

Masa ke Ipoh haritu kecoh orang sebut pasal kacang kacang ni. Aku pun google la apa yang patut. Ok actually ni kali pertama aku ke Ipoh, itu pun sebab ada urusan rasmi kat sana. Kena attend kursus. Berkampung la Adam dengan ayahnye dalam bilik 3 hari. Kami stay di Syuen Hotel, Ipoh. Orang kata hotel tu berhantu. Ada member yang kena kacau, nasib time aku kat sana tak kena apa apa. Selamat!

Ooo baru aku tau ada tempat yang famous dengan kacang kacang ni. Nama kampung tu adalah Kampung Kacang Putih, Buntong, Ipoh. Hotel kami duduk taklah jauh sangat dari perkampungan ni. Nak pegi sana kalau tak takde map agak payah. Nasib teknologi sekarang membantu. Aku pakai WAZE aje ala adik beradik dengan google map juga la. Korang download aje dalam application store tu. Senang!

Sejarah Kampung Kacang Putih


"Penempatan asal kebanyakan penduduk perkampungan ini sebenarnya adalah menetap di kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Di mana lokasi asal perkampungan tersebut kini berhampiran dengan Kuil Sri Subramaniar, iaitu tempat perayaan Thaipusam kat Bandar Ipoh ni. Di sinilah tempat moyang mereka menetap setelah berhijrah ke Malaya pada awal abad ke-19. Penduduk di sini terdiri dari petani, pekerja dan peniaga termasuk yang menjual kacang putih.

Namun dalam satu kejadian malang pada awal tahun 70-an, bongkah batu kapur yang besar dari Gunung Cheroh telah menghempap kampung tersebut. Selepas dari kejadian itu, penempatan tersebut telah dipindahkan ke kawasan sekarang. Di penempatan baru ini, penduduk yang terselamat meneruskan perniagaan kacang putih dengan penghasilan produk kacang putih seperti kacang santong, vadei, pakoda, kacang hijau dan maruku yang telah diwarisi secara turun-temurun.


Oleh kerana hampir semua keluarga yang memulakan hidup baru di penempatan baru tersebut terlibat dalam industri kacang putih, mereka kemudiannya bersepakat menamakan perkampungan baru tersebut sebagai Kampung Kacang Putih dan ia terus kekal hingga sekarang."

Copy paste dari blog Kaki Jalan




Adam ni kalau amik gambar mesti trademark 1 Malaysia tak hilang

 




Memang rambang biji mata di buatnya bila masuk kat dalam kedai tu. Banyak sangat kerepek dan kekacang. Aku beli sampai nak dekat 10 peket. Aku beli banyak sebab nak bagi mak cikit, nak bawa ofis cikit, Encik Suami pun nak bawa kat ofis dia lagi dan tak lupa juga stok kat umah pun wajib ada. Masa nak bayar aku rasa macam lebih rm50. Tapi sangkaan aku meleset tak sampai pun. Memang terkejut beruk aku dibuatnya. Aku amik mostly setengah kg punya kerepek. Perghhh memang murah. Kalau aku tau aku beli lagi 10 peket. Tapi beli banyak banyak pun nak buat apa kalau takde orang makan kan. Beli secukupnya sudahla kan. Tak baik membazir. Huhu. Ok korang jangan risau ye walaupun perniagaan ni kaum India yang buat status HALAL tak perlu diragui. Diorang ni semua memang dipantau Jakim Perak.

Lepas borong segala kerepek bagai mai la kita singgah kat Restoran Vaggey. Memang famous la kalau kat Ipoh ni. Semalamnye aku dah  pekena nasi ganja rupa dan rasa lebih kurang sama je, cuma kat Restoran Vaggey ni lauk dia banyak cikit la. Aku amik lauk udang dengan sotong cikit. Ko tau bape hengget. aku punya je sepinggan rm16. Hamik ko! Aku dah tau mahal tapi takpelah sekali sekala, apa salahnye kan. Huhu. Nak kata sedap sangat tu bagi aku tak juga la. Bolehla, bagi aku sedap lagi nasi kandar pelita kot.

Elok balik ofis minggu depan tetiba keluar pulak cerita dua restoran ni kena sita sebab kotor. Puiiii punyala lahap kami makan alih alih kotorla pulak kedai tu. Bukan aku sorang je kawan kawan yang lain pun ada makan gak. Tapi yang paling best diorang makan kat kedai nasi ganja je tapi aku sampai dua dua kedai aku balun. Huhuhu.. Nasib la tak jadi apa apa kat aku lepas makan nasi ni. Phewwww~

No comments:

Post a Comment