Monday, April 28, 2014

Seoul Garden, The Mines

Semalam, ahad aku dan Nadia keluar berdua je makan kat Seoul Garden,The Mines. Kali ni aku belanja dia pulak, hari tu dia dah belanja so it's time for me untuk balas budi pulak, walaupun dia sibuk nak bayar balik aku tetap tak bagi. Gaji dia lebih besar dari aku sebab tu dia rasa serba salah agaknye. Hahaha.. Takpe next time ko belanja aku pulak

Encik Suami dan Adam duduk diam diam kat umah je, kesian pulak tinggalkan dua beranak tu, aku dah ajak Encik Suami pegi sekali tapi minta dia bawa Adam main kat Kidz Paradise la sementara tunggu aku berdating dengan Nadia, bukan tak nak bawa Adam pegi tempat macamni, kang tak sampai setengah jam je dia dah tak boleh duduk dia, nanti bila dah lama dan dia pun dah start boring mau dia ajak kitorang main hide n seek. Ohh no! Better jangan bawa buat rugi je bayar mahal mahal tapi tak boleh makan dengan tenang. Gila kejam dapat mak macam aku.. Hihi.. Tapi Encik Suami takmo ikut, katanya baik dia duduk umah je boleh layan tv. Ok! Encik Suami memang sporting, memang senang nak minta izin keluar dengan kawan kawan aku, dia memang memahi, lagipun bukan selalu dapat keluar dengan kawan kan, dia jaga anak sementara aku berseronok dengan kawan, hihi.. Tq suamiku...

Nadia datang jemput aku kat umah, nak dekat pukul 1 sampai kat sini. Ramai gila orang kat sini, parking pun payah nak cari. Almaklumla time gaji penuhla semua tempat dibuatnya.Actually teruja nak datang makan kat sini sebab kat outlet ni dia ada sushi, tu yang beria nak datang try sushi dia.


 

 

Ini lah kawan aku, Nadia masih single dan available.. So kepada jejaka diluar boleh la mencuba nasib. Opss terpromote ko la pulak. Huhu.. Kami kawan since sekolah rendah lagi, sekolah menengah still same school dan yang paling best pegi Universiti pun bersama-sama.. Rezeki kami tercampak kat UiTM Machang bersama, cuma course je yang berbeza. Nadia amik accounting dan aku amik business, but we still friend, kawan kawan course dia pun jadi kawan aku juga. Aku ni memang suka berkawan dengan semua orang selagi orang tu tak mendatangkan masalah kepada aku so boleh je jadi kawan. 

Dari pukul 1 sampai pukul 4 baru keluar dari sini, makan punyalah tak henggatkan... Sambil makan sambil berborak macam macam hal memangla tak sedar dah berjam jam bertapa kat dalam tu. Yela bukan selalu boleh jumpa, ni bila dah jumpa semua benda nak cerita sampai tak full stop kot bila bercakap. Haissshhh~


Ini sushi yang aku amik, hurmmm rasanye ok tapi macam kurang menarik je. Aku amik 4 tapi makan 1 je. Sushi King punya sushi lagi menarik bagi aku.. Tulah tamak lagi amik bebanyak sudahnye tak makan pun... Nadia tak boleh berapa minat sangat sushi ni, angin katanya, kalau nak di ikutkan time mengandung ni angin aku memang teruk tapi tak sedar diri juga still makan juga makanan yang berangin.


Last sekali makan ais krim nak amik abc dah tak larat



So far Seoul Garden ni dah beberapa tempat aku pegi, 1st time makan kat IOI Mall, Puchong kat sini 3 kali dah try lepas tu kat Paradigm Mall sekali dan latest ni kat The Mines ni. Hurmm untuk aku tempat yang paling best dekat IOI Mall kot..  Kat Mines ni sup tomyam dia macam tak berapa pedas rasanye, tapi kalau dekat 2 tempat tadi aku rasa tomyam biasa dah cukup pedas. Makanan agak banyak tapi macam tak jumpa daging yang diperap dengan mocha.. Yang ni paling sedap bagi aku.

Tak sedar dirikan makan banyak, hari ni (Isnin) petang dah la nak check up. Last check up hari tu berat badan dah terover sekilo! Nurse dah sound kalau naik berat terlebih lagi dia nak suruh aku minum air gula! Oh tidakkkkk!!! Hopefully berat kali ni naik normal la ye. Seram seram juga tapi makan tak henggatkan kau ziera!!!

Good Bye Kakak~

Jumaat lepas last day Kak Suzie se ofis dengan aku. Walaupun berlainan unit aku agak rapat dengan Kak Suzie, so sempena last day jom la kita celebrate dengan acara makan makan. Hehe.. Itu je keje kan makan makan makan..... Macamla takde aktiviti lain boleh boleh buat ;P


Inilah orang yang diraikan Kak Suzie yang sebelah tu Mail 2 singgit hehehe.. Kemain happy  Kak Suzie dapat transfer balik Perak ye...

 

 Aisyah, Aku n Kak Lin

 

Kak Nik, Rini n Aimi
 

 Kami pilih dari set lunch ni je, lebih murah dan lebih jimat


Antara makanan yang kami order.. Tapi dari segi rasa aku bagi 3/5 bintang la.. Dulu masa memula datang tu rasa agak mantap la juga sekrang ni hmmm mcm biasa la.. Maybe haritu order set yang mahal sebab tu sedap kot.. Eh mahal murah ada kaitan ke? Huhu.. Set yang kami order ni ada air and dessert sekali. Masa tengah makan makin ramai yang datang, mentang mentang time gaji kemain masing masing nak makan kat restoran kan..cuba kalau tengah bulan masing masing tapau makanan kat kantin je kan..

 
 

Ok tadi tak sempat nak snap pic dengan orang yang dirai so kat office harus amik gambar! Kurangla kawan nak bergosip lepas ni.. Hihi.. Good luck Kak Suzie, semoga seronok di tempat baru.. Bubye~


Tuesday, April 1, 2014

Makan Larut Malam @ Wadihana Islamic Steakhouse Bangi

Hujung bulan hari tu Encik Suami kena outstation ke Penang. Niat hati nak ikut tapi memandangkan Encik Suami kena bawa 2 orang budak praktikal dia maka terhapuslah sudah angan-angan nak sama-sama ke Penang. Aku teringin nak makan char keaw teaw penang!! Camne ni??? Kacau daun betul la! Kecewa memang kecewa tapi apa boleh buat ;(

Maka kami dua beranak ni terpaksala duduk diam diam kat umah sementara menunggu kepulangan Encik Suami. Nasibla pegi 2 hari je. Kalau lama mau bosan kami di buatnya. Adam memang nampak ketara yang dia bosan, takde kawan nak ajak bergusti. Selalu lepas bergusti dengan ibu boleh sambung gusti dengan ayah, ni dah ayah takde kurangla aktiviti menumbuk dia. Adam memang suka bermanja cara kasar, memang anak jantan sungguh!

Malam kedua Encik Suami sampai dah pukul 10. Aku dengan Adam makan roti je malam tu dan tak prepare apa apa untuk Encik Suami, ingatkan dia dah makan kat luar siap-siap. Tapi bila dia kata lapar kesian pulak. Ingat nak buat la apa yang patut, tapi dah di ajak makan kat luar je apa lagi terus siapla.. Dah lewat malam macamni kat area bangi kedai tomyam ada la. Nak pegi jauh jauh malas. Nasib teringat ada Wadihana Islamic Steakhouse Bangi. Redah jela...


Tuan kecik sibuk nak pilih order juga



Teruja nampak ais krim

 
Ohhh sangat rindu dengan panna cotta. Nak buat sendiri ntah bila lagi


Fresh Watermelon Juice untuk Encik Suami dan Caramel Iced Cioccolata untuk Puan Isteri
Adam minum air kosong je bekal dari rumah.. hehe


Menu untuk si kecik Kid Bolognese



Braised Bbq Beef Ribs untuk aku

  

Grilled Chicken Breast untuk Encik Suami


Perut full tank malam tu. Tak tergambar kekenyangannya! Nak jalan pun dah tak larat. Nasib baikla subuh esok paginya masih boleh bangun sembahyang subuh lagi, risau kalau hanyut je sebab malam tu pukul 1 pagi baru lelap mata huhu..

Gadis Mac

Ni cerita bulan lepas. Baru sekarang berkesempatan nak mengupdate blog. Kenapala malas sangat sekarang ni kan.. Haishhhh~

Bulan Mac banyak kejadian berkaitan dengan gadis! Cheeewah!

Actually bulan Mac birthday aku, mak, kakak ipar dan yang paling latest kedatangan baby girl yang comel! Maknanye tahun depan boleh celebrate birthday 4 orang sekaligus. Boleh buat parti besar-besaran nanti. Hikhik..

Birthday ibu tapi anak yang over excited nak tiupkan lilin


Petang tu Encik Suami belikan kek kecik je.. Budget takde almaklumla orang yang birthday tengah bulan ni memang rugi! Grrrr~ Malam tu Encik Suami ajak makan kat luar je, padahal aku dah siap masak spagetti kat umah. Tapi demi tak nak menghampakan Encik Suami aku turutkan aje. Spagetti boleh simpan untuk esok ;)

Niat hati nak makan sushi tapi disebabkan kedai tu penuh terpaksala tukar pegi makan kat kedai lain. Memandangkan dah lama tak makan kat nandos maka kat situ jela kami ber-dinner. Untuk Adam aku bawa bekal siap siap, sebab takut takde food yang sesuai untuk Adam. Simple je celebration kali ni. Dalam keadaan aku yang membuyung ni memang malas sebenarnya nak keluar ke mana-mana. Memang aku tak harapkan apa-apa sangat tahun ni, sebab lebih fokus pada baby yang akan datang nanti.







Minggu lepas birthday aku, birthday mak pulak. So kami adik beradik pakat buat potluck. Takde plan pun main redah je. Jadilahkan, janji boleh buat mak happy. Tahun lepas dah ke red wok, bangi tahun ni buat kat umah pulak.

Nampak tak sape yang excited lebih? Adam! Dia paling suka bab bab tiup lilin ni. Part yang paling dia suka bila orang nyanyi lagu Happy Birthday To You. Kemain tepuk tangan lagi.


 

Layan diri makan kek.. Hehehe


Yang Paling best kehadiran baby baru. Ni anak abang aku, 6 tahun menunggu akhirnya lahir juga zurait yang di tunggu-tunggu. Baby Rushdina Ahlam Rose. Kecik je, berat lahir 2.75 kg. Kemain halus lagi. Boleh pegang sebelah tangan je. Si kenit ni siang hari kemain syok tido kang pukul 12 malam mula la cerah mata tu. Haishhh la.. Seronok dapat cium bau baby, wangi aje. Ni yang tak sabar nak tunggu sendiri keluar ni.