Tuesday, April 1, 2014

Makan Larut Malam @ Wadihana Islamic Steakhouse Bangi

Hujung bulan hari tu Encik Suami kena outstation ke Penang. Niat hati nak ikut tapi memandangkan Encik Suami kena bawa 2 orang budak praktikal dia maka terhapuslah sudah angan-angan nak sama-sama ke Penang. Aku teringin nak makan char keaw teaw penang!! Camne ni??? Kacau daun betul la! Kecewa memang kecewa tapi apa boleh buat ;(

Maka kami dua beranak ni terpaksala duduk diam diam kat umah sementara menunggu kepulangan Encik Suami. Nasibla pegi 2 hari je. Kalau lama mau bosan kami di buatnya. Adam memang nampak ketara yang dia bosan, takde kawan nak ajak bergusti. Selalu lepas bergusti dengan ibu boleh sambung gusti dengan ayah, ni dah ayah takde kurangla aktiviti menumbuk dia. Adam memang suka bermanja cara kasar, memang anak jantan sungguh!

Malam kedua Encik Suami sampai dah pukul 10. Aku dengan Adam makan roti je malam tu dan tak prepare apa apa untuk Encik Suami, ingatkan dia dah makan kat luar siap-siap. Tapi bila dia kata lapar kesian pulak. Ingat nak buat la apa yang patut, tapi dah di ajak makan kat luar je apa lagi terus siapla.. Dah lewat malam macamni kat area bangi kedai tomyam ada la. Nak pegi jauh jauh malas. Nasib teringat ada Wadihana Islamic Steakhouse Bangi. Redah jela...


Tuan kecik sibuk nak pilih order juga



Teruja nampak ais krim

 
Ohhh sangat rindu dengan panna cotta. Nak buat sendiri ntah bila lagi


Fresh Watermelon Juice untuk Encik Suami dan Caramel Iced Cioccolata untuk Puan Isteri
Adam minum air kosong je bekal dari rumah.. hehe


Menu untuk si kecik Kid Bolognese



Braised Bbq Beef Ribs untuk aku

  

Grilled Chicken Breast untuk Encik Suami


Perut full tank malam tu. Tak tergambar kekenyangannya! Nak jalan pun dah tak larat. Nasib baikla subuh esok paginya masih boleh bangun sembahyang subuh lagi, risau kalau hanyut je sebab malam tu pukul 1 pagi baru lelap mata huhu..

1 comment:

  1. Hi ...saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse tapi branch Johor Bahru di www.blogmakanbest.blogspot.com
    Senang2 tu singgah le yer....blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak...

    ReplyDelete