Monday, April 28, 2014

Seoul Garden, The Mines

Semalam, ahad aku dan Nadia keluar berdua je makan kat Seoul Garden,The Mines. Kali ni aku belanja dia pulak, hari tu dia dah belanja so it's time for me untuk balas budi pulak, walaupun dia sibuk nak bayar balik aku tetap tak bagi. Gaji dia lebih besar dari aku sebab tu dia rasa serba salah agaknye. Hahaha.. Takpe next time ko belanja aku pulak

Encik Suami dan Adam duduk diam diam kat umah je, kesian pulak tinggalkan dua beranak tu, aku dah ajak Encik Suami pegi sekali tapi minta dia bawa Adam main kat Kidz Paradise la sementara tunggu aku berdating dengan Nadia, bukan tak nak bawa Adam pegi tempat macamni, kang tak sampai setengah jam je dia dah tak boleh duduk dia, nanti bila dah lama dan dia pun dah start boring mau dia ajak kitorang main hide n seek. Ohh no! Better jangan bawa buat rugi je bayar mahal mahal tapi tak boleh makan dengan tenang. Gila kejam dapat mak macam aku.. Hihi.. Tapi Encik Suami takmo ikut, katanya baik dia duduk umah je boleh layan tv. Ok! Encik Suami memang sporting, memang senang nak minta izin keluar dengan kawan kawan aku, dia memang memahi, lagipun bukan selalu dapat keluar dengan kawan kan, dia jaga anak sementara aku berseronok dengan kawan, hihi.. Tq suamiku...

Nadia datang jemput aku kat umah, nak dekat pukul 1 sampai kat sini. Ramai gila orang kat sini, parking pun payah nak cari. Almaklumla time gaji penuhla semua tempat dibuatnya.Actually teruja nak datang makan kat sini sebab kat outlet ni dia ada sushi, tu yang beria nak datang try sushi dia.


 

 

Ini lah kawan aku, Nadia masih single dan available.. So kepada jejaka diluar boleh la mencuba nasib. Opss terpromote ko la pulak. Huhu.. Kami kawan since sekolah rendah lagi, sekolah menengah still same school dan yang paling best pegi Universiti pun bersama-sama.. Rezeki kami tercampak kat UiTM Machang bersama, cuma course je yang berbeza. Nadia amik accounting dan aku amik business, but we still friend, kawan kawan course dia pun jadi kawan aku juga. Aku ni memang suka berkawan dengan semua orang selagi orang tu tak mendatangkan masalah kepada aku so boleh je jadi kawan. 

Dari pukul 1 sampai pukul 4 baru keluar dari sini, makan punyalah tak henggatkan... Sambil makan sambil berborak macam macam hal memangla tak sedar dah berjam jam bertapa kat dalam tu. Yela bukan selalu boleh jumpa, ni bila dah jumpa semua benda nak cerita sampai tak full stop kot bila bercakap. Haissshhh~


Ini sushi yang aku amik, hurmmm rasanye ok tapi macam kurang menarik je. Aku amik 4 tapi makan 1 je. Sushi King punya sushi lagi menarik bagi aku.. Tulah tamak lagi amik bebanyak sudahnye tak makan pun... Nadia tak boleh berapa minat sangat sushi ni, angin katanya, kalau nak di ikutkan time mengandung ni angin aku memang teruk tapi tak sedar diri juga still makan juga makanan yang berangin.


Last sekali makan ais krim nak amik abc dah tak larat



So far Seoul Garden ni dah beberapa tempat aku pegi, 1st time makan kat IOI Mall, Puchong kat sini 3 kali dah try lepas tu kat Paradigm Mall sekali dan latest ni kat The Mines ni. Hurmm untuk aku tempat yang paling best dekat IOI Mall kot..  Kat Mines ni sup tomyam dia macam tak berapa pedas rasanye, tapi kalau dekat 2 tempat tadi aku rasa tomyam biasa dah cukup pedas. Makanan agak banyak tapi macam tak jumpa daging yang diperap dengan mocha.. Yang ni paling sedap bagi aku.

Tak sedar dirikan makan banyak, hari ni (Isnin) petang dah la nak check up. Last check up hari tu berat badan dah terover sekilo! Nurse dah sound kalau naik berat terlebih lagi dia nak suruh aku minum air gula! Oh tidakkkkk!!! Hopefully berat kali ni naik normal la ye. Seram seram juga tapi makan tak henggatkan kau ziera!!!

No comments:

Post a Comment