Alhamdulillah.. Rumah kami dah siap! So jumaat lepas (2 mei) pegi amik kunci dengan pemaju..
Encik Suami rasmikan rumah kami ;)
Before tu kena buat inspection cikit, nanti kalau ada yang tak puas hati boleh complain dan minta orang tu repair mana yang patut. So far takde la major problem juz nak minta dia cat balik cikit mana yang bertompok tu
Check semua plug and lampu
Ok nanti story lagi. Buat masa ni kami tak buat apa apa lagi. Dengan keadaan aku yang tengah sarat mengandung ni pergerakan agak terbatas. Tapi kalau boleh kami nak pindah sebelum aku bersalin. So sekarang tengah fikir macamana nak baut rumah ni. Ikutkan hati banyak nak buat. Tapi memandangkan ongkos tak berapa nak ada kena buat yang penting penting je dulu..
p/s tahun ni baru berangan nak ber-candle light dinner or bercuti-cuti dengan Encik Suami, tapi bila dah dapat kunci ni angan angan semua tu berkecai. Sekarang kena fokus pada rumah bukan fokus apa tang ongkos tu kena control tak boleh nak berjoli sangat sebab nak masuk rumah ni banyak duit nak guna. Hurmm takpela ini, kira ini hadiah anniversary kami yang ke 4. Jauh lebih bermakna kan ;)
Bye ~
No comments:
Post a Comment