Assalamualaikum and good morning! Semalam 1 mei, public holiday.. Memandangkan public holiday jatuh hari khamis dan hari jumaat hari bekerja kami anak beranak bersantai di rumah je. Malas nak keluar jauh jauh. Kalau ke KL pun confirm jammed! Baik duduk umah diam diam kan...
Tengahari tu En Suami tanya nak pegi memana ke petang tu, kalau ikutkan hati memang malas nak keluar, tapi bila tengok Adam terkurung je dalam rumah jatuh kesian pulak. Nampka sangat dia boring duduk umah je. Ok kita amik angin la kat luar. Tak pegi jauh pun still area Putrajaya juga.. Masa ronda ternampak deretan kedai baru so ajak En Suami lepak ngeteh kat sini, dari luar nampak kedai agak penuh, so kita ronda ronda kawasan situ dulu
Lepak amik angin jap dekat area bawah
Ada banyak kedai kat sini, tapi banyak lagi kedai yang tak buka sebab area ni memang baru, lepas ni kalau semua kedai dah buka confirm happening. View Teh Tarik Place dari bawah
Ni view dari depan kedai
Sila pilih menu, nanti dah pilih pegi kat cashier order terus kat sana and terus bayar sekali tau
Lepas bayar dapat tag oren tu, nanti boleh gantung kat meja
Sirap bandung and teh ais
Memang mavelles la teh ais dia
Assam Laksa dia memang terbaik, kuah sangat pekat dan meleptop. Korang tau tak kat jusco Midvalley tu ada Assam Laksa, dulu kuah dia pekat dan ada sekor ikan kan, tapi sekarang kuah dia dah cair dan takde lagi sekor ikan dalam tu, betol tak? Haaa kat sini dia punya kuah sangat la pekat dan ada sekor ikan sardin kat dalam tu, macam style jusco tu dulu, memang mantop!
Roti sardin
Roti bakar
Kesimpulannya memang mavelles! Next time boleh datang lagi. View memang cantik yang penting makanan dia sedap! Sangat recommend pada korang. Kalau nak tau exactly tempat dia camni, ni area Presint 8, masuk ke lorong nak ke wad bersalin berisiko rendah, dekat area tu ada quarters kerajaan dan ada projek perumahan kondominium dan rumah banglo, memang kalau lepas ni semua projek perumahan tu dah siap confirm sibuk area tu. Ok dekat belakang tu je deretan kedai baru, tak silap nama tempat tu Ayer @ 8, banyak sangat kedai kat situ, so korang boleh pusing pusing untuk cari Teh Tarik Place ni. Try la makan kat sana, in shaa Allah tak menyesal ;)
No comments:
Post a Comment