Pejam celik pejam celik dah 8 bulan kandungan aku sekarang. Cepat betol masa berlalu. Serious cepat sangat masa berlalu! Preggy kali ni tak banyak aku bercerita, bukan apa sekarang ni ada banyak kerja yang aku kena buat, kalau takde keje pun mood nak menaip ke laut. Hihi.. Lately ni banyak benda nak kena settle before bersalin. Dengan macam macam masalah yang datang bertimpa-timpa, dugaan sungguh! Takpe stay positif!! In shaa Allah ada rezeki yang baik akan datang nanti.
Kelengkapan baby alhamdulillah semua dah ada, ada sebahagian tu beli kat jusco and ada sebahagian yang lain aku beli kat mom and baby expo kat midvalley (16-18 mei) tapi itu pun aku rasa macam ada cikit lagi yang tak cukup. Selagi tak bersalin selagi tu la rasa semua benda tak cukup kan.......... Biasala mak mak memang nafsu nak membeli tu tinggi. Huhu
Yang aku perasan sangat preggy kali ni perut aku takla sebesar masa preggy kan Adam dulu. Ramai tegur cakap perut aku nampak kecik, tang muka langsung tak effect. Dulu masa preggy Adam muka kembang tangan kaki pun kembang perut jangan cakap kemain boyot lagi aku tengok nak bawa pun macam tak larat, tapi kali ni semua tu takde. Yang lagi best pak lang aku cakap aku macam tak preggy je. Nampak kurus. Gila ahhh! Kembang aku dibuatnya :P. Maybe faktor penat melayan Adam tu yang nampak aku agak kecik preggy kali ni. Yela Adam tu punya lasak 10 hari 10 malam cerita pun tak habis. Sekarang ni kemain manja lagi asyik nak berpeluk nak kiss sana sini nak ajak bergurau je memanjang. Macam tau je kan lepas ni dah nak kongsi kasih sayang dengan adik dia.
Berat badan kali ni sangat la berbeza dulu masa mula mula preggy timbang yang pertama dah 62 kg tapi sekarang kali pertama baru 57 kg. Sekarang dah 8 bulan tapi berat tak sampai 70 kg lagi. Perghh memang agak jauh juga la beza berat kali ni. Jauh lebih ringan, so maybe lepas bersalin lagi cepat badan nak kurus kot. Nak kata control makan tak juga, tapi tak sehebat makan masa preggy Adam dulu, sekarang kalau makan memang tak boleh nak banyak sangat nanti rasa nak pecah perut, serious memang beza sangat dengan Adam dulu. Tapi walaupun aku tak makan banyak sangat berat badan naik terover plak bila masuk trimester ke 3 ni. Dah semalam (19 mei) kena minum air gula. Hopefully result ok la nanti. Nurse cakap maybe aku banyak amik makanan berkabohidrat dan amik makanan berminyak lebih, so lepas ni kena makan banyak yang rebus rebus la jawabnye..
Masa 28 minggu hari tu aku ada scan kat Klinik Popular di Bukit Tinggi Klang, niat hati nak buat 4D, tapi since aku lebih nak pastikan jantina je, doktor suggest buat scan biasa je. Aku dengan lurus bendul nye angguk jela, huhu.. Bukan apa nak prepare beli barang je time tu, yang lain malas nak fikir benda lain. Tapi bila dah keluar bilik doktor macam tertanya tanya kenapala tak minta je doktor scan 4D terus, haishhhhh! Scan 4D kat Klinik Popular ni takla mahal juz rm115 je, macam aku scan biasa juz rm50. Kalau korang nak pegi ni alamatnya, doktor cina lelaki, tapi doktor ni cekap dan baik. Sekejap je dia scan terus nampak jantina, 90% doktor cakap aku dapat baby boy.. OMG kurus la aku lepas ni. hahahahaha
No. 5-0, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang, 41200, Klang, Selangor
03-3324 8575
Tinggal lagi beberapa bulan je nak bersalin, sekarang aku dan Encik Suami sibuk nak uruskan rumah baru kami, yela nak cari tukang buat grill tukang buat kitchen cabinet nak cari lampu kipas banyak lagi la nak kena buat. Penat jangan cerita, dengan keadaan aku yang memboyot ni memang kena kuatkan semangat takkan nak bagi Encik Suami buat sesorang je semua ni. Ikutkan hati nak pindah sebelum raya, tapi nampak gayanye memang tak sempat. Cerita pasal rumah nanti aku detailkan ye.
Apa yang aku perasan preggy kali ni tak banyak preparation yang aku buat, bersalin pun nanti kat hospital kerajaan je. Dulu masa Adam mewah betul, takpela sayang rezeki anak ibu hanya setakat ini je, in shaa Allah nanti ada rezeki lain ibu belanja kat tempat lain ye sayang. Bukan sengaja tapi keadaan sekarang memang tak mengizinkan ibu nak berbelanja lebih kat adik. Kadang kadang bila berbual dengan Encik Suami pasal 2nd baby ni sebak juga, yela bukan sengaja nak abaikan dia tapi banyak kekangan sekarang ni. Padahal anak dalam perut bukan tau apa kan, mak je lebih nak sedih sedih, huhu...
Doakan baby dalam kandungan sihat dan semoga kali ni aku boleh bersalin normal ye. Masa Adam dulu dah kena belah perut ooohhh cukup la sekali kalau boleh nak sangat merasa bersalin normal, doakan aku boleh bersalin normal ye. Seram kalau kena ceaser lagi, walaupun dulu masa ceaser tak sakit langsung tapi cukuplah sekali. Nak juga tau pengalaman bersalin normal macamana.
No comments:
Post a Comment