Day 3
Lepas breakfast kat hotel tadi terus ke destinasi seterusnya. Kampung Sumangkap terkenal dengan pembuatan gong. Kawasan buat gong ni actually ada perkampungan juga kat situ, kira orang kampung kat sini majoritinya mengusahakan gong sendiri.
Lepas breakfast kat hotel tadi terus ke destinasi seterusnya. Kampung Sumangkap terkenal dengan pembuatan gong. Kawasan buat gong ni actually ada perkampungan juga kat situ, kira orang kampung kat sini majoritinya mengusahakan gong sendiri.
Beli gong kecik udah dahla kan buat kenangan. Gong yang kecil tu rm5 sahaja
Macam akak ni dia memang kejenya buat gong, dia boleh ketuk gong tu dalam masa 2-3 hari untuk siapkan sebiji gong yang bersaiz sederhana
Gong yang terletak di Kampung Sumangkap Matunggong ini merupakan gong
yang terbesar di dunia dan dicatatkan dalam Buku Rekod Malaysia
(Malaysia Book of Records). Gong ini berukuran 20 kaki dan seberat 1,750
kilogram.
Next destination memang tempat yang memang nak sangat aku pegi. Katanya klu datang Sabah rugi tak pegi tengok lembu. Ok ini memang excited! Desa Dairy Farm aku datang!!!!!! Environment dia memang superb ala ala oversea gitu. Katanya pemandangan kat sini macam kat New Zealand :D
Tengok kabus tu fefeling negeri omputih pulak rasanya.hahahaha.Pemandangan memang sangat cantik. Cuaca nak kata sejuk sangt pun tak juga still ok lagi la. Jom layan gambar jela nak cite banyak pun tak reti. Korang yang mana datang Sabah datangla Desa Dairy Farm ni, memang best. Kalau jenis yang suka amik gambar korang datang pakai baju yang rasa sesuai posingla ikut mana yang korang rasa cantik. Memang berbaloi
Kalau rasa nak bagi lembu makan boleh beli rumput n susu kat kaunter ye
Tengok kabus tu fefeling negeri omputih pulak rasanya.hahahaha.Pemandangan memang sangat cantik. Cuaca nak kata sejuk sangt pun tak juga still ok lagi la. Jom layan gambar jela nak cite banyak pun tak reti. Korang yang mana datang Sabah datangla Desa Dairy Farm ni, memang best. Kalau jenis yang suka amik gambar korang datang pakai baju yang rasa sesuai posingla ikut mana yang korang rasa cantik. Memang berbaloi
Kalau rasa nak bagi lembu makan boleh beli rumput n susu kat kaunter ye
Kami sampai dah agak lewat petang, nak makan ais krim n yogurt semua dah habis nasib ada air coklat. Orang kata nak dapat susu perisa coklat ni susah sebab jarang sangat ada. Betul ke? So ni kira rezeki kami la ye
Yang si Adam kemain sibuk nak amik gambar. Hasil tangkapan oleh Adam. Not bad. Hihi
Punyala sakan kami posing anak beranak sedar sedar semua kete dah takde. Tinggal kami je yang masih gigih bergambar. Yela tadi sampai dah lewat kan. Nak amik gambar tak puas lagi. Tapi tak aku dah cakap dengan Encik Suami esok pagi kita repeat lagi!
Ok lepas tengok lembu bila hari pun dah nak malam marila check kita check in. Hotel ni paling mahal yang kami book sepanjang percutian kali ni. Booking bilik nak mengadap gunung Kota Kinabalu, tapi bila dapat kunci dapat bilik yang ngadap playground. Waaaaaaa nak nangis aku weh. Berkali kali aku suruh Encik Suami tanyakan kat kaunter betol ke bilik yang kami book tu dah takde, kenapa boleh jadi sampai macamtu. Mood happy terus lenyap! Sedih gila. Katanya hotel penuh so bilik yang kami nak tu tak dapat. Call pulak Hotel.com tanya kenapa boleh jadi gitu, dia kata semua tu bergantung pada hotel juga. Eiiii spoil mood aku tau!
Malam tu tak keluar makan sebab still rasa kenyang, so malam tu kita makan ringan ringan je roti n maggi yang kami dah tapau siap siap tu jela kami belasah malam tu. Lepas makan pusing pusing area hotel n amik angin malam,, sejuk boleh tahan bila hujan makin sejuk oiii. Cuaca malam tak berapa nak ok tak lama lepas ronda hujan pun turun. Kelam kabut masuk bilik.
Day 4
Impian nak bangun pagi buka tingkap nampak gunung kinabalu tak tercapai. Tapi hati terubat cikit sebab malam tadi hujan n subuh tadi pun hujan. So cuaca berkabus, kira tak dapat bilik yang mengadap gunung tu takdela rasa kecewa yang sangat kan. Ada member ofis aku dah pegi 2 minggu sebelum kami pegi, dia dapat bilik yang strategik n cuaca pun masa tu ok, memang rezeki dia la dapat bilik yang kami nak tu. Kira memang takde rezeki kami la kan.
Bangun pagi terus breakfast, so far sepanjang kami kat Sabah ni nafsu nak makan tu takdela sangat. Pelikkan. Kalau kat tempat sendiri cukup time je lapar, kat sana aku tak heran sangat pun nak makan. Maybe taste masakan tu lain kot tu yang selera nak makan tak berapa nak ada.
Sebelum check out posing dulu
Nampak tak bilik R tu. Kawan ofis aku dapat bilik ni la dapat view yang best tu... Tak dapat tido bilik tu dapat amik gambar depan tu pun jadila kan
Next station kami ke Poring Hot Spring tapi kami takdela mandi, kami pilih nak ke Canopy Walk. Nak naik ke tapak mula tu makan masa lebih kurang 10 minit.
Kesian Adam dah keletihan sangat, tapi sebab tak larat nak dukung puas aku bagi kata kata semangat nasib baik nak juga dia mendaki sampai kat atas. Huhu
Muka happy bila dah berjaya turun
Lepas ke Canopy Walk kami ke Vivian Rafflesia Garden. Tempat ni dekat je dengan Canopy Walk, bunga rafflesia ni takde musim so orang kata kalau ada jumpa papan yang tulis bunga tengah kembang boleh la datang tengok. Nak masuk tempat ni sekepala rm20 untuk dewasa agak mahal la juga tapi nak juga tengok bayar jela.. Bukan selalu boleh jumpa kan. Masa kami datang cuma 3 bunga je tengah kembang yang lain tu ada yang dah manti dan ada juga yang masih malu malu nak kembang
Lepas pusing-pusing dalam taman terus berdesup ke Castle Dairy Farm lagi. Semalam aiskrim, yogurt dengan pizza tak sempat nak makan so harini kita repeat lagi + masih tak puas berposing lagi kat sana semalam ;D
Kalau diikutkan nak letak banyak lagi gambar kami di Desa Castle Dary Farm ni tp kang jemu pulak asyik nengok muka kami. Pendek kata korang memang perlu ke sana kena nikmati sendiri keseronokan tengok lembu minum susu lembu dsb ;P. Yang paling best pemdangan dia memang superb! Kalau ada peluang lagi memang nak datang lagi tempat ni
Last perhentian kami adalah Kinabalu Park. Perghh dengan hujan renyai-renyai gagah juga naik ke atas. Walaupun tak mendaki tapi perasaan nak naik dan tengok sendiri kawasan nak naik ke gunung tu punyalah memuncakkan. Encik Suami kata aku ni gila. Semua tempat nak redah. Hahaha. Yelah nak datang sini bukan senang dah alang alang sampai mohla kita explore selagi boleh. Kesian kat anak-anak diorang memang penat tapi dah mak dia gigih nak ke sana ke sini memang diorang terpaksa ikut juga la kan
Fuhh penuh jadual hari ni berkejar nak pegi banyak tempat. Ini memang last perhentian. Ikutkan hati banyak lagi tempat nak singgah tapi akan daya hari pun dah nak petang perjalanan masih jauh lagi nak ke Kota Kinabalu pun amik masa nak berhenti kat rumah terbalik pun dah tak larat + kesian sangat dekat anak-anak,lagi lagi Adam dia memang nampak sangat dah penat so takpela kami decide terus ke hotel je.
Malam last kami tido di Soluxe Hotel, Putatan. Tak jauh mana dari Kota Kinabalu pun. Hotel ni paling selesa antara banyak banyak hotel yang kami stay sepanjang percutian kali ni. Luas & selesa! Tilam empuk ohhh best gila. Badan tengah letih ni memang heaven la dapat tilam empuk kan. Guling guling kemas beg malam tu keluar balik cari makan.
Orang KK suggest kami makan di kedai ni. Eh apa da nama kedai ni lupa la pulak.
Tujuan utama ke Sabah nak makan LOBSTER yes finally berjaya juga. Walaupun hanya mampu beli lobster yang kecik pun jadila. Dapat rasa cikit pun cukupla dah takdela ngences lagi :D. Tapi aku rasa makan kat food court Dataran Todak tu lagi kenyang gila dan sedap yang kedai ni ok la kenyangnya takdela sampai buat kami tersandar. Rasa pun sedap lagi kedai yang mula mula tu. Cuma kedai ni makanan dia fresh. Lepas makan terus mendobi. Sebab dah keletihan terus balik bilik arghhh kenapa la boleh lupa nak pegi pasar philipine malam tu, Bangun pagi baru teringat nak menyesal pun dah terlambat. Huwaaaaaaa
No comments:
Post a Comment