Day 5
Hari terakahir di Sabah rasa nak balik ada rasa nak stay lagi lama pun ada. Hari terakhir di perlu dimanfaatkan sebaiknya. Ikut hati nak guling guling atas tilam empuk hotel tapi rugi pulak kalau duduk saja. So kami decide nak keluar jalan juga di awal pagi. Tapi sebelum keluar wajib breakfast dulu
Overall makanan sepanjang di Sabah (makan kat hotel la mostly) rasa tak berapa nak kena dengan anak tekak aku. Mungkin tak pedas kot sebab tu rasanya tak ummphh sangat. Aku ni jenis kuat makan pedas. Ke sebab cerry berry haritu buat aku tak selera nak makan. Eh entahla.
Lepas makan terus terjun kolam si Adam dah tak tahan jiwa dan raganya. Nak suruh makan pun payah sibuk nak terjun kolam. Dalam sejam berendam terus keluar dari hotel, lebih kurang pukul 10 pagi kami gerak ke destinasi seterusnya.
Puas pikir mana nak pegi sudahnya aku ajak Encik Suami ke Muzium UMS. Ingatkan masuk free rupanya kena bayar juga. Sebab tak silap ada aku baca blog tu katanya free. Takpela dah sampai pun mari masuk jela. Sambil masuk muzium sempat juga kami round round kawasan UMS tu. Besar weh kalau belajar kat sini puas aku meronda. Hihi
Cuaca kat luar sangatla panas nak jalan kat luar tu adoiii malasnya lahai... Tapi demi masa yang dah singkat ni gagahkan la juga. Lepas ke Muzium UMS dah tak tau nak kemana. Sudahnya terus pegi pasar nak beli bekalan basah yang nak dibawa balik. Sampai dah tengahari so banyak lauk yng dah habis. Sedih!
Takdela beli banyak pun beli udang 2 kilo, sotong sekilo dengan ketam sekilo. Tu je yang mampu. Nak beli lobster bajet tak berapa nak cukup ;P dah makan semalam cukupla kan. Ikan kali ni takde sebab katanya laut tak berapa cantik. Peniaga ni siap boleh packingkan lagi cuma bayar jela. Untuk packing 5kg diorg charge rm20 n kalau 10kg rm30.
Sebelum pegi pasar basah ni sempatla pegi pasar kering dulu beli la kuih cincin dengan amplang. Beli T-shirt Sabah untuk Adam dengan Arash pastu beli brooch utk mak mak aku. Tu je nak kata nak beli gelang tangan segala tu takla. Sebab aku ni bukan jenis pakai aksesori gitu. So tak beli pun takpela kan.
Dah puas pusing, masa pun dah nak masuk pukul 2 petang. Perut pun dah nyanyi lagu rock yang si Adam pun dah tak tahan lapar kesian betol kat dia, sudahnya singgah McDonald. Nak cari parking mak aiii punyala payah. Bila dah makan baru rasa ok cikit yela mana taknye makan pagi tadi pun cikit ni dah nak masuk petang baru nak makan memang kejam la kan..
Lepas makan ronda town nak cari pasar air katanya kat situ barang lagi murah dari pasar filiphine. Tapi pusing punya pusing tak jumpa juga. Yela hari masih siang kedi kedai tu buka malam mana la nak jumpa kan. Kecewa! Sebab badan dah tak larata terus aku ajak Encik Suami terus ke airport. Kang lewat naye je. Dalam pukul 6 terus samapi airport n terus pulangkan kunci kat tuan kete. Pada sape yang nak sewa kete di Sabah boleh call Kak Erna 019-551 8583. InsyaAllah servis terbaik
Flight sepatutnya pukul 8.15 malam tapi delay cikit 8.45 malam baru fly. Dalam kapal terbang ingatkan nak lelapkan mata tapi payah. Tido tido ayam jela aku. Yang lain kemain lena jeles tengok diorg kemain nyenyak. Sampai KLIA dah nak pukul 11 malam. Ingatkan nak supper kat airport tapi sebab takut tak sempat nak kejar ERL so kami decide nak makan kat luar je. Hari dah malam tapi perut lapar. Singgah beli nasi goreng kampung tepi jalan perghh punyala lega bila dapat makan masakan semenanjung :D. Haila ni baru pegi Sabah 5 hari tekak dah rindu masakan tempat sendiri camne nak p obersea gini?
Overall percutian ke Sabah 5 hari 4 malam sangat la menarik dan berpuas hati. 4 tahun lepas plan nak pegi tapi tak dapat pegi sebab tengah preggykan Adam, dah 7 bulan tak lepas nak naik kapal so tiket n hotel burn. So dapat pegi kali ni memang puas hati!
InsyaAllah kalau ada rezeki nak ke Sabah lagi. Nak try pegi ke pulau pulau pulak. Lagi satu kalau bawa anak kecik ni memang kena banyak bersabar. Ubat juga kena bawa siap siap. Manala tau dia batuk demam ke time holiday tu sebaiknya stanby je ok!
Ok sampai disini sahaja perkongsian dari aku sekeluarga maklumat dari aku memang tak detail sorry ye maklumla dah berbulan pegi baru ni sempat nak hapdet memang lupa la kan.. Korang boleh google tempat tempat menarik di Sabah. Pastikan sebelum pegi korang buat research dulu so nanti takdela korang blur apa nak buat kat tempat tu. Pastikan booking hotel dan transport terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah dikemudia hari.
Bubye ~
hi
ReplyDelete.
.
.
very good web..
www.takgem.ir