Monday, December 5, 2011
OMBAK RINDU
Thursday, December 1, 2011
Bila Bila Masa Je Dari Sekarang ~
Yabedabebdooooo
Finally detik kelahiran baby aku semakin menghampiri waktunya
Ingatkan baby nak keluar lagi awal
Rupa rupanya dia nak tunggu juga sampai ke bulan cuti sekolah ni
Status baru akan aku dan Encik Suami dapat lepas ni ^^,
Sekarang genap sudah 38 minggu
Orang kata waktu ni memang baby dah ready untuk lihat dunia
So anytime from now aku dan Encik Suami harus bersedia
Berdebar tu toksah la nak cite..Tension pun ada gak kekadang tu
Bukan apa, perasaan nak menunggu bila baby nak kluar ni bercampur baur
Selasa lepas, Blood Pressure aku naik hampir ke garisan bahaya
Ohh no!!! 130/90
Tapi Dr Siti cakap still ok lagi, juz perlu control apa yang patut
Berat badan pun naik agak banyak dalam masa bape hari je
Waaaaaa~ Sumpah aku takut tengok berat badan aku sekarang
Boleh ke aku slim macam dolu dolu lagi lepas ni
;(
Kata Dr Siti, EDD aku 17/12/2011 (Sabtu)
Ok, ada 16 hari lagi kalau tolak hari ni
Ya Allah, dah dekat sangat
Neves!
Ye saya sangat NEVES!!!!!
Dah macam macam usaha untuk memudahkan proses bersalin aku cuba
Macam macam ayat/surah aku amalkan
Alhamdulillah hajat nak khatam quran before bersalin pun dah aku tunaikan
Sekarang kepada Nya aku berserah
Mohon semua kesulitan dapat dipermudahkan
So sekarang ni juz prepare mental and fizikal je nak tunggu baby keluar
Aku harap semuanya berjalan dengan lancar nanti
Semoga kehadiran orang baru akan menceriakan lagi hubungan kami sekeluarga
(**,)
Monday, November 21, 2011
Me @ Week 36
Thursday, November 17, 2011
Bleeding. CTG. Selsema. Arghhhhh~
Lebih kurang setengah jam duduk dalam bilik tu untuk buat CTG, alhamdulillah resultnya ok ;).. Dr Siti cakap jalan tak buka lagi and baby pun still tak engaged lagi. So buat masa ni monitor je dari rumah, kalau ada yang tak sedap hati/baby tak gerak terus datang hospital. Dr siap bagi carta lagi untuk kira pergerakan baby. Dapat la mc 2 hari.. owwhhh sukanya, huhu. Sampai ke hari ni alhamdulillah baby still aktif bergerak dalam perut, so tunggu jela bila baby bagi sign nak keluar, nanti terus la pegi hospital ;). Hope semuanya selamat hendaknya..
Owhh sebelum terlupa, mungkin ada yang tak tau kan apa itu CTG. Jom baca definisi untuk CTG ni dulu...
Wednesday, November 16, 2011
SAYANG KAMOOOO~
2. Ahmad Ariff Afiq bin Omar
Yang ni pulak mat encem. Rupa memang hensem, tapi ketot cikit. Haha.. Ni jenis kepala angin, kalau angin tak baik siap la, mau semua dia campak. Tapi dia penyayang tau. Suka gurau dengan adik-adik. Arumi ni kawan sekejap je ngan si Afiq nanti bila dah lama lama main mula la nak bergaduh. Boleh tahan samseng.. Haha. Sekarang 6 tahun.
4. Nur Syamimi Iwani binti Noor Azwan
6. Nur Alisya Amni binti Omar
Buat masa ni Eryn paling kecik, lepas ni dah takdela.. Baby acik dah nak kluar dah ni ;). Eryn ni relax je, dengan sapa sapa pun tak kisah, janji cukup bagi makan, hehe.. So far tak banyak ragam lagi. Eryn sebaya dengan E-cha cuma E-cha klua bulan Jan, Eryn klua bulan Okt.
Aroma Ikan Bakar, Jeram
Nanti belanja la lagi
Kenapa tak percaya??
Anak dia plak pangkat cucu bagi aku taw..
Muda muda aku dah dapat title nenek
Ngeee~
Monday, October 31, 2011
HAJAT DAH TERTUNAI
Nasib la mak aku memang terel bab masak memasak ni. So import mak jela jadi chef untuk majlis kami, walaupun niat memula tak nak menyusahkan mak sangat, nak tempah je, tapi makcik catering tu nak balik kampung pulak... Majlis kami bermula asar dan sampai ke malam. Petang tu aku decide buat minum petang je, malam baru buat heavy cikit. Kalau ikutkan 'chef 'aku tu dia nak juga buat makanan berat untuk petang tu skali, tapi dapat anak yang degil macam aku ni faham faham jela kan.. Huhu~
Alhamdulillah bila dah selesai majlis rasa lega sangat. Niat nak buat kenduri kecil ni berjaya juga. Terima kasih tak terhingga buat mak, adik beradik yang tolong, buat Encik Suami tak lupa juga pada kawan kawan yang sudi datang ke teratak kami yang tak seberapa ni. Seronok sangat tengok ramai orang datang rumah, kalau nak ikutkan ramai lagi nak jemput tapi memandangkan ruang rumah yang terhad, kami panggil mana yang terdekat jela.Pepun THANKS ye semua!!
p/s : Gambar tak sempat nak amik pun, masing masing sibuk layan tetamu, hehe~
Friday, October 28, 2011
HONEYMOON TAK JADI~
Friday, October 21, 2011
Me @ 32 Week
Syukur alhamdulillah
Saturday, October 15, 2011
KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
mil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Friday, October 14, 2011
Scan 4D
Lepas dah setel kat Hospital Putrajaya lari kejap ke BPH, ingat nak hantar claim tapi borang tak cukup plak.. Arghh lain kali la datang hantar claim TNB tu. Pastu terus ke DEMC. Encik Suami dah siap siap buat appointment dengan Dr. Fairuz Asyikin. Actually nak dengan Dr lain, tapi sebab tu dah fully book kami amik jela Dr ni. Not bad juga Dr Fairuz ni, baik juga orangnya.
Masa check up kat DEMC Dr buat scan. Memang rezeki aku la kot. Dapat buat 4D terus. Masa tengah scan tu punyalah Dr terkejut sebab baby aku buka mata! OMG, benda macam ni jarang jarang berlaku Dr cakap, susah nak jumpa baby buka mata, alhamdulillah memang rezeki aku agaknya. Baby aktif sangat, siap main pusing pusing lagi, siap dia kembang kuncup kan tangan dia lagi, ohhh so sweet.. Part yang paling best Dr siap tunjuk kat tang anu dia. Hahaha.. Kompem HERO. Nampak telur dia. Ngee~ Rasa nak menitik air mata tengok zuriat yang aku kandungkan. Dr cakap muka baby aku mirip Encik Suami. Punyalah lebar senyum dia kan. Suka la tu!
Happy sangat rasanya bila dapat tengok baby gerak gerak dalam perut and sihat kat dalam tu. Hehe. Berat baby sekarang 1.5 kg, normal (sekarang tengah 31 minggu).. Fuhhh lega aku dengar. Hopefully bila nak keluar nanti tak la besar sangat ;). Aku cuba bagi yang terbaik untuk bakal anak yang aku lahirkan ni. Segala benda yang aku tau elok di makan untuk ibu mengandung, kompem aku try. Yela ibu mana yang tak nak bagi yang terbaik buat anak dia kan...
Tapi bila di fikir fikir balik kemungkinan besar aku akan ke Az Zahra kot untuk bersalin, faktor utama lebih dekat dengan umah aku sekarang ni. Pastu baru DEMC, tapi kalau agak agak ada masalah lain aku ke HPJ je la.. Hehehe. Hopefully takde la masalah kronik masa nak bersalin nanti. Doa kan aku ye, semoga semuanya selamat...
Thursday, October 13, 2011
Jangan Confius Lah Ye
Actually aku tengah nak memodified blog aku ni
;)
Kalau korang rasa pening pening lalat tengok blog aku
Korang jangan serik nak datang lagi ye
Saje nak amik mood baru
Happy viewing
Ngeee~
Perbualan Bayi Sebelum Kelahirannya
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
“Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
“Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Bayi bertanya lagi:
“Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
“Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
“Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Tuesday, October 11, 2011
Tukar Angin
Orang sekeliling pun sibuk tanya kenapa tak nak minta kuartes, kan selesa bla bla bla... Tapi ntah la, but now baru terbuka hati nak duduk kuarters**actually dah bertahun apply tapi tak pernah nak follow up, so haruslah orang-orang berkenaan buat tak nampak permohonan aku kan..opsss..hehe..itu realiti.** So secara officialnya setelah mengangkat segala barang dari umah sewa dan setelah melakukan pembersihan tanggal pada 8 Oktober 2011 aku menetap di Presint 11, Putrajaya. Syukur aku dapat umah baru, so aku la orang pertama yang duduk umah tu ;).
Compare dengan umah sewa dulu umah sekarang jauh lebih selesa, umah dulu pun selesa tapi memandangkan baby dah nak keluar ni better cari tempat yang lebih selesa untuk kami semua. Orang nak datang umah pun lebih selesa, tak la terlampau berhimpit-himpit sangat. Niat hati nak beli umah sendiri, tapi memandangkan budget tak berapa nak ada, duduk la menyewa dulu kan, itu je yang mampu takat ni.
Part yang paling aku suka dapur.Kenapa? Lebih luas, dah siap kitchen cabinet bagai, so barang-barang kat dapur lebih tersusun sekarang ni. Lepas ni boleh demand dengan Encik Suami nak beli oven pulak. Dulu ruang dapur kecik, takde tempat nak isi barang, sekarang dah luas and selesa..Hehehe.. Ceh macam la rajin sangat aku nak 'mengoven' masakan aku bagai kan...
Penat nak pindah tuhan saja yang tau, dengan keadaan aku yang tengah sarat ni, aku gagahkan juga la. Tapi kesian kat Encik Suami, banyak keje yang dia kena buat, aku nak tolong dia tak bagi, tengok betapa mithalinya suami ku :D. Aku tolong susun-susun barang pun jadi la kan. Buat mana yang mampu, yela kalau aku angkat berat-berat tu kang mau terberanak time tu jugak! Baik jangan cari pasal.
So sekarang ni tinggal part nak menghias je.. Ohh yang ni paling best. Tapi yang tak best banyak benda yang nak kena beli, mana taknya umah dulu memang tak beli apa- apa sangat, i mean dulu aksesori umah memang takda la sangat kan, kalau basic needs tu memang wajib ada kan, macam tv, peti ais, sofa, katil ada la yang cikit-cikit lagi tu.. Sekarang sibuk nak cari aksesori umah pulak, semalam cuti sempat la pegi Ikea habiskan duit cikit, ahaks! So minggu ni akan terus mengcontinue menghias lagi, walaupun penatnya tuhan saja yang tau!!! Ada sapa-sapa nak tolong?