Wednesday, February 16, 2011

Bukan Benci Tapi Tak Suka

Ishh aku geram betul la dengan manusia sorang ni
Tak penah nak paham bahasa betul!!
Bikin aku panas je kan..
Weh..Tolongla..
Main jejauh cikit boleh tak??
Ko tak paham ke hint2 yang aku bagi selama ni
Ke ko memang bodoh??
Ya Allah tolongla jauhkan manusia 'ni' jauh dari hidup aku..
Asyik nak nyelit je bila aku cakap
Ikut hati nak je aku stapler mulut ko tu
Tolongla..Tolongla ye
Aku dah tak tau camne nak bagitau aku tak gemar dengan peel ko
Aku malas nak cakap lebih2
Kang bernanah plak telinga ko tu
So please la ye..
Hindari dirimu dari hidupku!!~

p/s:Sesungguhnya aku dari dulu memang tak gemar dengan manusia yang tak reti bahasa ni tau..Bukan aku tak cuba terima dia seadanya..Tapi makin aku cuba makin menjadi2 plak peel nye..Aku pun bukan nak buat musuh dengan dia ni tapi kalau dah perangai orang yang suka buat korang rasa lemas bila bersama boleh ke korang tahan??Waaa aku plak rasa tension bila bertembung dengan dia..Minta2lah satu hari nanti dia akan faham yang perangai mengada2nye tu buat orang menyampah!!~Aku alergik betul la dengan dia ni..Sorry la ye.Aku betul2 tak boleh terima kamu buat masa ini.Sekian.

Monday, February 14, 2011

Mana Yang Korang Nak Pilih??

Valentine's Day


Dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.


Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.


so agak2 lepas ni mana yang korang rasa2 wajib disambut dan mana wajib ditinggalkan??fikir2kan dan selamat beramal ;)

Thursday, February 10, 2011

Cerita Bos & Cermin

Tiap kali aku masuk bilik bos aku mata aku ni asyik je nak usha2 kat meja dia.Macam ada magnet je yang tarik biji mata aku ni.Aku mesti nak pandang kat satu tempat tu..Benda bukan menarik sangat pun.Tapi ntahla memang aku asyik2 nak toleh kat situ je..Tak tau la kenapa kan..Dulu aku tak berapa nak perasan.Tapi since bebudak ni asyik cite je pasal benda tu,aku pun jadi tertarik nak tengok benda tu..Haha..Korang mesti ingat barang baikkan.

Alah biasa2 je..Tapi yang menarik dan lagi tertarik benda tu disebabkan ianya besar dan bercorak2 gitu....Apakah??Boleh korang teka??Suspen je kan..Alah cermin kat tepi komputer dia je pun...Tapi seyes beb.BESAR.Agaknye la kan apa yang dia buat dengan cermin tu kan.Tengok muka sambil make up??Ohh no no no..Bos aku laki la weh!!Sejati la..Camne aku tau..Isteri tengah ngandung kot..Off cos la lelaki kan..Kalau tak lelaki tak la ngandung isteri dia tu ;D

Aku rasa bos aku ni jenis yang suka mencermin dirinya sendiri la.Kalau tak,takkan la besar bebenor cermin depan dia tu kan.Ishh aku tak penah aku jumpa bos yang suka letak cermin atas meja keje ni lagi2 lelaki.Sumpah!!~Aku yang wanita sejati ni pun tak pernah nak letak cermin atas meja aku.Buat serabut je letak barang banyak2 atas meja.Lagipun kang kalau aku letak cermin depan mata aku payah plak aku nak buat keje lain.Mana taknye..Aku ni pantang nampak cermin.Kang tangan aku ni gatal je nak picit2 jerawat..Mana tak berlopak sana sini muka aku..Dah macam kawah bulan pun ada..Hehe..Takleh control beb.Tu yang aku fobia jumpa cermin.Tapi aku rasa bos aku ni jenis lelaki yang kemas.Tengok la dressing..Kemas je memanjang..Muka pun bersih..Rupa ada cikit Jaafar Onn la..Bukan aku cakap.Bebudak ofis ni yang cakap.Hahaha..Ishh tak baik dowh kutuk2 bos..Ok apa dia ;P..Sukati dia la nak buat apa pun dengan cermin tu.Janji dia tak kacau hidup aku..Hmm agak2 kalau bos kau terbaca la apa yang aku tulis mau dia suruh aku ketuk ketampi depan dia gamaknye :D;P..Sorry bos...

Wednesday, February 9, 2011

Aku Dah Dapat

Dah nak setahun kahwin kad baru la aku dapat merasa nak pegang
Kad Perakuan Nikah ni.
Ni pun setelah aku paksa encik suami pegi buat kad ni.
Kalau nak tunggu dia buat sendiri memang ntah tahun bila dia nak buat.
Lepas ni nak pegi mana2 pun takla rasa takut sangat ;)



Hurmmm agak2 dalam wallet aku ada lagi ke ruang nak letak kad erkk??
Dah segala macam kad ada dalam wallet aku tu..huhu

Mari Bercuti

Cuti CNY yang lepas kami sekeluarga plan untuk ke PD**actuallly kakak sedara yang arrange kami tumpang sekaki je..hikhik**Arrangement dah dibuat dari tahun lepas lagi tau.Gile semangat..Mana taknye kalau cuti panjang camni kompem ramai yang nak bercuti gak kan.So untuk keselamantan baiklah booking awal2 ye..Nak di jadikan cerita aku sekeluarga bertolak dari umah mak lebih kurang pukul 11 pagi**yoyoan jekan nak gerak pukul 9..hampeh**Bila semua dah disumbatkan dalam kete masing2 pun dah ready nak jalan.Ok!Lets go bebeh!!~Baru je klua dari simpang umah aku tu tetiba ada call dari umah.Aik??Camne ada orang boleh call dari umah ni??Konfius2..Rupa2nya mak aku tertinggal kat umah.WHAT??Camne mak boleh tertinggal??Hahahahaha..Gelak sampai terkeluar air mata dibuatnye.Dah aku la yg kena patah balik kan.Nasib la tak jauh.Memang hangin satu badan la mak aku dibuatnye.Kompem sementara nak tunggu aku sampai tu berbakul cacian dan makian yang kami terima.Hahahahaha..Bukan salah aku tau.Mak yang cakap nak tumpang kete kakak aku.Ntah macamana la boleh semua tak perasan.Rupanya mak tertinggal masa dia nak tutup pintu umah.Macam2 hal la.Nasib tepon umah ada credit.Kalau dah jauh camne nak patah balik??Dahla jalan jam!!Damn!!Sampai pun dah petang.Pegi sama2,last masing2 berpecah.Aku juga la yang sampai awal.Tercongokla aku depan hotel tu sementara menunggu si pengambil kunci sampai..


Day 1

sampai2 je masing2 dah tak tahan nak terjun kolam

Erina dalam dakapan uncle ;)..Macam dah ada tokoh untuk jadi ayah mithali je laki aku ni..Sabar ye sayang..Rezeki kita belum sampai lagi..

Malam hari pertama wajib untuk berBBQ ;).Semua dah perap siap2 kat umah.Kenyang gile la malam tu walaupun aku jamah ayam seketul,ikan pari secubit..Malam ni pun ada yang tertinggal dalam umah gak.Semua orang dah klua,rupanya kakak aku plak yang tertinggal dalam umah.Hahaha..Nak klua memang la boleh tapi sape plak nak jaga umah kalau pintu tak kunci kan.Terpaksala abang ipar aku patah balik.Hishhhh holiday kali ni memang konsep kena main tingal2 erk??Mungkin ni juga balasan buat kakak aku sebab tertinggalkan mak aku masa kat umah tu.Kahkahkahkah....

Inilah orang yang telah meninggalkan emak dan akhirnya dia pun tertinggal juga.Amik ko!!hahahaha..Tuhan bayar cash je skrg ni.Rasakan :D

Tukang arrangement..Abg Zul & K.Ida

Kami ^^,

Arumi & Afiq

Ni adik aku.Birthday boy.Otw nak ke PD tu sempat jugala kek tu bergolek2..Habis kemek kek dibuatnye..

Shauki Dani with his auntie yang comel..Orang kata muka kami serupa..Serupa ke??
Wah gambar dah mcm artis.Gaya Brad Pitt pun ada gak ni..hahaha

Alisya dan sepitnye..


Day 2


Pagi2 lagi aku dan encik suami dah bangun sebab dah berkobar2 nak main banana boat.Semalam punya la janji nak bangun awal lelaki2 yang lain tu kan.Hurmm camne nak bangun kalau masing2 baru balik dari mancing..Dah tu terus tido..Hampagas betul la diorg ni!!Last2 aku laki bini je yang pegi pantai bawa si kakak skali.Boleh tolong amik gambar skali ;)

Terapi diri sendiri..Kecewa sebab tak dapat nak naik banana boat.hehe...


Malam ni acara bebas.Bosan duduk dalam apartment aku dan encik suami lepak kat lobi minum kopi dan horlicks ais yang mahal gile!!**macam la dalam aprtment tu takde air yang boleh diminum,segala bagai yang mak2 ni dah bawa,tapi sebab dah bosan lepak gak la kat lobi.Nak karok bilik dah fully book.Nak g pekan malas**


Day 3


Hari ni dah kena packing..Nak balik dah..Cepatnya masa berlalu...Nak balik ni pun kompem jam juga ni.Redah jela labu...


Morning kiss Abg Dani buat Erina




p/s:Kalau pegi ke belah selatan ni kompem aku akan singgah kat RNR Seremban.Nak makan laksa n cucur udang kat kedai Anugerah.Sedap!!~Aku memang hantu laksa.Tapi kali ni rasa laksa dia macam dah kureng cikit jew...

Wednesday, February 2, 2011

Apa nak buat???

Waaa banyak syiok ini hari
Jalan punya la lenggang time nak g keje tadi
Sampi2 ofis gelap lagi!!~APA??
Aku keje sesorg ke hari ni??
Ohhh tidak rupanya2
Ada lagi orang yang tak berapa nak ramai keje hari ni
Parking tadi pun boleh letak mana aku suka
Siap beli breakfast kat luar pagi ni
Yela jalan tengah lenggang ni parking pun tengah melambak
Boleh la aku klua sesuka hati aku..huhu
Agak2 aktiviti apa nak buat seharian kat ofis hari ni??
Aku ni bukan pandai nak mengular sangat pun
Bos ada ke takde ke aku tetap setia di depan PC aku ni
Cecewahhhh..Tapi betul la..
SUMPAH!!
Aku memang tak retila nak merayau jauh dari tempat duduk aku ni
Aku pun tak tau la kenapa aku ni baik sangat
bhahahaha (gelakkan diri sendiri)

Mentang2 la cuti panjang ramai la amik cuti nak berjoli sakan kan
Aku ni jela selalu jadi penunggu setia kat ofis ni
Nak buat cmne kan..
Takpe2 esok dah dapat cuti Public Holiday
Aku nak g bercuti dengan Family
Yahoooooo!!

Opss sebelum terlupa
SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT KENGKAWAN YANG BERBANGSA CINA ;)
pssttt angpow jgn lupa kasi k;P