Wednesday, March 30, 2011

Kenape Tak Percaye???

Macam tak percaya kan
Tiket pegi balik untuk 2 orang, hotel 4hari 3 malam
Hanya rm114
Encik Suami dok check chesk kat AirAsia malam 29hb Mac
Tetiba terjumpa tiket murah la pulak
Fuhh dengan pantas mengorder**pegi tak pegi blakang kira,janji booking dulu..huhu**
TQ AirAsia..Next time kasi harga murah lagi ye ;)
Tak sabarnye nak tunggu bulan October.....

Jom MOTIVASI Diri

renung renungkan dan selamat beramal ;)

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Jadi renungi lah :-

Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT '

Pejam mata dan renung lah diri, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,


menyetujui tidak semestinya menyokong,


menegur tidak bermakna membenci,


dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Sunday, March 27, 2011

Sape Nak Jawab kalau Jadi Camni??

Sekarang ni memang musim kawen ye??Ramai sangat yang sebuk sebuk nak kawen dan aku pun tempias gak dalam kesibukan acara kawen mengawen ni.Tak caye??Dah orang kawen kompem la orang akan jemput kita kan..So kawan kawan aku yang nak kawen tu pun jemputla aku.Nampak tak kesinambungannye tu??Banyak betul jemputan nak kena pegi ni.Sedara mara punye majlis tak kira lagi.Agak agak bila la kawan kawan aku ni dah tak kawen lagi ye.Penat la plak asyik gi kenduri je**mentang-mentang la aku dah kawen**Setaun dua lepas ni masing-masing dok sebuk nak buat kenduri cukur jambul pulak ye.Huhu

Bukan apa aku nak kongsi cerita la dengan korang yang baca blog aku ni..Tadi aku ada la pegi kenduri ni.Agak jauh.Dengan harapan pegi ke kenduri kawen ni mestilah nak makan nasi minyak,lauk lauk kenduri yang akan mengiurkan tapi sayang seribu kali sayang..Konon konon aku dan Encik Suami pegi la kekenduri saudara ni**takleh cite detail bahaya!!**Kira kami ni pegi menghantar la kan.Macam biasa la time nak sanding mesti around pkl 1-2 petang.Cuaca hari ni memang la ok.Panas!Tup tup sampai orang dah tak ramai,ok la maybe orang kampung dah sampai awal and the worst part is lauk dah habis!!~Damn.Den lapar ni pakcik.Camno??Muka aku laki bini seyes frust.Tak penah selama ni aku gi kenduri time kemuncak/time pengantin dah sampai lauk bleh habis.Yang paling aku tak setuju time pengantin nak sanding sedara mara yang menghantar ni jangan la terus gi meja makan.Tengokla anak tu sandig dulu.Tau la lapar tapi tunggu la sampai anak tu sampai habis renjis renjis dulu.Hurmm yang lagi best meja pengantin tu orang lain rasmi kan makanan atas meja pengantin.Adoiii..Tunggu la pengantin tu siap dulu.Kalau time aku jadi camni memang aku sekeh sekeh kepala orang yang izinkan meja santapan aku dirasmikan orang selain aku sendiri!!!!~

Aku bukan nak kutuk,tapi sebagai tuan rumah wajibla tau bape banyak jemputan supaya makanan tak short.Time kemuncak plak tu.Ishh nasib la time aku kawen dulu tak jadi camni.Kalau tak malu dowhhh.Tak tau nak letak muka katne.Orang gi kenduri selain memenuhi jemputan mestila datang nak makan juga kan.Tapi kalau makanan dah habis camne??Tak ke kecewa.Lagi lagi bila rombongan datang dari jauh..Kalau tak dapat door gift takpe lagi tapi jangan tak cukup makan dah la..

So pesanan buat mak mak ayah ayah kat luar tu please!kalau nak buat kenduri kawen atau kenduri kesyukuran sekali pun make sure makanan yang nak dijamu pada tetamu tu mencukupi.Takpe masak lebih,kalau ada lebih boleh bagi orang bawa balik cikit lauk lauk tu.Tapi please jangan tak cukup makanan.Benda camni mesti jadi bualan pada tetamu nanti.Cite cite camni orang suka la nak gebang gebangkan.Tuan umah takleh nak salahkan tetamu tetamu yang cite kat orang lain.Tuan umah mesti ada back up plan.Takleh la bila lauk dah habis tuan umah buat dekkk jekan.Beli la apa pun janji tetamu kita dapat makan.Tak gitu??

Akibat tak kenyang makan kat umah pengantin td,otw balik aku & Encik Suami singgah RnR berhenti makan dulu..Huhu~Pesanan buat pembaca blog ni kalau nak buat kenduri pastikan makanan anda mencukupi ok!!

Friday, March 25, 2011

Selesai Jua Kau Akhirnya

Syukul alhamdulillah function pertama aku dah selesai.Lepas ni ada satu lagi.Haishh lepas ni lagi big function kena handle.Pepun syukur sangat yang hari ni punya function dah selesai.Terima kasih banyak banyak pada kawan kawan yang banyak membantu.Jasamu akan ku kenang sampai mati lah!!~Don't worry..Huhu..

Tapi dalam kemeriahan nak memastikan function ni beralan lancar banyak gak dugaan yang aku nak kena tempoh.Dengan nak kena buat buku laporan,surat surat untuk vip tak vip,dengan nak kena call & email sana sini rasa nak tercabut nyawa aku dibuatnye..Sampai tak boleh tido gak la aku beberapa hari masa tu..Itu belum lagi dengan kedatangan orang baru yang aku totally tak berkenan!Damn betul la dia ni.Banyak mulut betul.Memandai mandai je nak buat itu ini tanpa pengetahuan aku.Hemo hemo..Berani kau buat sesuka hati kau ye..Dah la bodoh sombong,belagak macam senior**walaupun usia ko lebih tua dari aku itu tak bermakna ko tak perlu hormat aku dan keputusan yang aku buat tau!!**Aku orang lama dalam persatuan ni.So jangan pandai pandai nak buat sesuka hati ko ye..Bukan aku je yang tak suka kat dia tapi ada lagi beberapa orang yang dah mula perasan perangai kekwat dia tu tau!Haa nampak..Bukan aku sengaja sengaja nak buat benci dia..No no no~

Walau apapun alhamdulillah selesai juga majlis tu hari ni and important thing is we had fun doing this thing..Dengan kerjasama kawan kawan yang lain sangat sangat membantu aku dan yang penting diorang banyak juga bagi aku semangat.Almaklumla aku ni menggelabah bila kena buat benda yang tak selalu aku buat.Kalut ntah macam apa je aku ni ;D**perkataan paling glamor masa zaman sekolah "gelabah caduk"hahaha**

Mesti korang tertanya tanya function apa la dok aku gebang gebangkan ni kan..Ala biasa la persatuan wanita wanita ni..Ce teke ce teke??Ahh pikir la dulu.Gambar takde nak update.Tak sempat nak amik amik gambar.Aku tak sediam langsung.Ke sana ke mari.Dah macam orang gile dibuatnya..Yang lagi best bila mak mak datin ni sebut "oooo ini ke azira tu bla bla bla bla kenapa tak azira je yang bla bla bla".Nak cite kang korang aku belagak plak.Tapi nak gtau gakla kan,kira aku ni femes gak la dikalangan kalangan mak mak datin ni.Tadi makan pun dah semeja dengan datuk datin.Cehhh dah jadi orang kuat Datin Z aku sekarang ni..Seyes ahh!**rasa cam poyo plak..huhu..lantaklah!!**

Nway a big thank to tuan rumah yang sudi bagi pinjam tempat,sekali lagi pada kawan kawan yang sentiasa membantu kecuali orang baru tu ye.Anda tidak membantu langsung ok!!~Buat sakit jiwa adalah.Pada abang driver,sorry gara gara lambat habis function abang driver terlepas semayang jumaat.Ampunnnnn...

Ok tu je kot nak gtau buat masa ni.Gambar tak tau bila boleh dapat.Tunggu jela ada nanti aku update k!Apapun aku PUAS semua dah selesai..Bye ;)

Thursday, March 24, 2011

ADA AKU KESAH??

Tadi ada member hantar mesej
Tetiba jadi sentap dengar berita tu wehh
Tak tau nak gambarkan perasaan dikala pagi yang hening ni
Patut ke aku
SUKA, SEDIH, GERAM atau senang cite PERSETANKAN semua tu
Huhu ahhh lantaklah
Yang penting aku gumbira di samping insan tersayang **,
BYE

Wednesday, March 23, 2011

Maaf Ye....

Hissh perut ni time time camni la rasa lapar.Rehat tadi gatal plak tak minta makan.Lepas rehat ni sibuk la plak nak minta makan..Hurmm nasib ada pisang goreng lagi kat cafe..Jadila..Buat lapik perut sementara nak tunggu makan malam nanti.Hari ni nak masak makaroni goreng buat Encik Suami.Fevret dia tau.Kalau makan kompem tak cukup sepinggan..Sedap sangat katanye**kembang jap bila dipuji suami..ngeee**

Malam tadi ada tournament futsal kat Tonga,tempat member aku..Fuhh aku ingatkan biasa biasa je.Skali banyak plak team yang join.Terpandang plak team yang dah sememangnye hari hari menendang bola tanpa henti.Perpeluh gak ketiak aku dibuatnye..Alah sempoi jela..Bukan lawan betul betul pun kan..Bila dah main biasa la aku ni.Naik "sheh" tak ingat dunia.Ngeee~Boleh tahan gak performance malam tadi**ceeeehh ngada ngada nak puji diri sendiri,lantaklah!!~**Kira hebat la dapat pegi semi final,kira mantap gak la kan.3/4 game kitorg menang.Hebat kan???Nak bgtau gak aku sumbat 2 gol malam tadi.Hehe..Bila dah last game lawan team yang skali korang tengok ala macam biasa biasa je.Mak mak orang tau diorg ni.Bukannye tomboi,pengkid dan sewaktu dengannye..Perghh bila dah beraksi nah amikkk kau!!Kalah budak budak yang dressing ala ala lelaki tu.Tabik spring la kat korang.Toink toink toink**siap nak bersound effect bagai**So moral of the story bak pepatah orang puteh "Don't judge a book by its cover"ngerti??Tapi before ni penah gak la lawan ngan team diorg,memang tak dinafikan kehebatan mereke mereka ni..Muka sempoi je skali bila tendang bola gerun gak dibuatnye..

Tapi nak gitau gak part yang tak boleh nak blah.Masa lawan ngan team bebudak sekolah**maksud aku budak yang belum habis ngaji ye..contoh budak U**pergghhh bikin panas.Diorng ni memang menguji ketahan mental dan fizikal betul lah!!Orang main bola pakai kaki dia siap dengan tangan tangan bagai nak digunakan dalam permainan bola ni.Eiii nasib la game ni buat kat tempat kawan aku.Kalau tak nahas aku hentak bebudak ni..Dah la poyo perasan bagus plak tu..Main macam nak gaduh.Konon star la nak tolak tolak orang tarik tarik baju orang.Kang aku bentis kaki ko baru tau.Nasib la kesabaran aku masih lagi menebal dan paling penting memikirkan game tu kat tempat kawan aku jadi aku batalkan niat aku untuk membuat kekecohan waktu tu..Ko tak tau ke aku gangster kampung pisang.Berani nak buat hal dengan aku..Dari minggu lepas sebenarnye dah panas dengan bebudak ni .Time training dulu pun dah buat hal.Ni ko buat lagi ye..Tapi takpe yang penting aku dah kalah kan team ko.Rasain!!~puas hati aku ko kalah..hoyeeee!!

Fuh jauh plak nak sampai kat cerita yang sebenar ni.Dah syok syok tendang bola lupa plak nak tengok jam.Elok je last game nasib aku tergerak nak tengok jam kat hp.What!!11.52pm.7 missed call n 1 sms "tak ingat nak balik umah ke??"Oh damn**lately ni aku memang suka cakap damn nape erk??**Packing packing terus cabut balik umah.Huhu..Tanpa sedar dah nak pagi rupanye..Balik umah cepat cepat minta ampun kat Encik Suami..Muncung dah sebatu aku tengok.Aku balik pun dia tak bukakan pintu.Marah sungguh nampaknye.Sorry la sayang betul betul tak sengaja.Next time tak buat lagi..Janji :P


Tuesday, March 22, 2011

I'm Getting Old..Huhuhu~

Ada sapa sapa nak nyanyi untuk aku??hehehe..Terasa cepat masa berlalu.Usia pun makin tahun makin bertambah..17 Mac 2011 genap usia aku 26 tahun!!~Happy Birthday To Me ;)..TQ pada kawan kawan yang wish untuk aku..TQ juga ingat birthday aku.Especially FBians.Penuh kat wall aku dengan wish wish kamu semua..Lap you all lah!!~Takde apa yang berubah,cuma usia je bertambah tambah..huhu..Seram gak ni.Agak agak apa la yang aku dah capai sampai ke hari ni ye..Hurrmm alhamdulillah nak keje dah keje, nak kawen dah kawen, kete pun dah ada cuma tinggal dua perkara penting je aku belum capai ..Kena kerja keras untuk aku capai dua benda ni.Doa doakan aku dapat capai benda yang aku hajati ni ye..Aku pun doakan korang yang baca blog aku ni tercapai juga la hajat korang nanti..Amin...

Birhday aku kali ni Encik Suami bawa makan kat SWEETREE, Ampang.Inspired by Qi.Hehe..HAri tu tengok dia makan dalam Jalan Jalan Cari Makan macam sedap je.Terliur plak tengok dia makan.Tu yang sanggup cari kedai ni dalam tenet bagai.Tq sayang bawa isterimu sampai ke sini ;)..Thanks juga untuk hadiah yang tak ternilai especially kasih sayang yang po bagi kat baby selama ni..I love you soooo much **alamak terlebih mengekpressikan perasaan kasih sayang kat public area la plak ;D**

Jom layan gambar (",)

Dessert
Sorbet @ Ais Krim


So far makanan kat Sweetree ni nod bad la.Something new buat aku dan Encik Suami.Yela mana penah makan Korean food before ni.Harga pun ok tak mahal sangat.Environment pun ok.Hiasan kedai pun cantik.Servis plak hurmm ok jugak!!Bos dia sendiri hantar makanan pastu yang lagi best bila makanan sampai lambat bos dia sendiri minta maaf..Kan bagus semua kedai buat camtu.Baru la pelanggan rasa seronok walaupun makanan tu sampai lambat.Yang penting layanan yang tokey tokey kedai ni bagi kat customer.Betul tak??Tapi kat Ampang ni memang heaven la makanan dia.Penuh keliling jalan kedai makan.Semua nampak menarik.Next time nak datang makan kat sini lagi la.Banyak kedai nak kena terjah lepas ni**mana la tak demok!!makan je keje laki bini ni..huhu**

Lepas makan terus ke Bukit Ampang.Saje lepak lepak tengok view dari atas ni.Memang superb!!~

p/s: Happy Birthday juga buat Mak & Mak Mertua..Birthday diorang ni sebelah sebelah je..Mak aku 21 Mac, Mak Mertua 20 Mac.Dengan ucapan buat mak mak berdua

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Sentiasa berbahagia disamping anak anak dan cucu yang banyak peel ni..huhu
Buat Mak Mertua tunggu la ye.Kami tengah nak memproses cucu buat mu Ibu
Kalau ada berita gumbira akan anak menantu mu ini sampaikan**menantu ke hantu aku ni..hahaha**

Wednesday, March 16, 2011

HP punca lelaki Mati Pucuk???

Maklumat yang penting untuk kita semua

Petikan dari Utusan Malaysia


PULAU PINANG 15 Mac - Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.

CAP mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko kerosakan sperma serta mati pucuk.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, keputusan itu berdasarkan hasil kajian pihaknya tahun lalu yang menunjukkan kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Jelas beliau, hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit yang meluas.

"Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

Katanya, wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Beliau mendakwa pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna.

"Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

"Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu," katanya.

Justeru, S.M. Mohamed menggesa para pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit kecuali dalam kes-kes kecemasan dan sekiranya perlu gunakan pembesar suara pada jarak 20 sentimeter dari kepala.

Monday, March 14, 2011

Jalan Jalan Cari Makan

Semalam bosan kat umah kitorg pun jalan jalan cari makan la..Ingat nak cari kedai makan Sweetree kat Ampang**terpengaruh tengok Qi dalam rancangan jalan jalan cari makan thari tu;P**.Servey alamat dalam tenet tak jumpa.Aku pun ajak la Encik Suami meronda di The Curve, Damansara**itupun hampir tak nak pegi sebab merajuk dengan Encik Suami sebab lambat keluar..Nasib la abg sayang pandai pujuk adik manja yang keras hati ni..huhu**Konon konon nak la cari baju baru.Round round The curve dulu..Ingat nak g kat kedai yang kat luar tu..Hurmm hujan plak.Cancel la masuk dalam balik tetiba terpandang lak sorang awek ni..Macam kenal..Bila tengok lelama cikit memang kenal la...Awek lama Nabil la..Irma Hasmie..Lain seh muka..Dah pakai tudung..Cute dengan imej baru..Katanya baru lepas balik Umrah..Betul ke??Takpela yang penting semoga akan terus berkekalan lah ye tudung tu..Tutup elok elok ye..Tak moh lama lama nanti nampak jambul ye..hehehe..


So dinner malam tu kat ikea jela..Dah terlanjur ke The Curve..Kitorg pun try la makan benda ni..Tengok si Dyla ngan si Ache makan benda ni macam tak hengat..Aku pun nak try la juga..hehe~

Meat Ball~sedap

Kek Daim~Super sedap!!!!!
Muffin~ok.not bad

Chicken apa ntah namanye~hurmm kureng cikit kot


Dah alang alang makan kat Ikea lepas makan tu round round dalam Ikea...Memang takde dalam agenda pun nak ke Ikea..Dah terlanjur sampai kan..Masuk dalam tu memang rambang biji mata aku di buatnye**almaklum la dah bertahun tak menjejakkan kai di sana** banyak gile barang barang yang membuatkan diri aku teruja.SALE plak tu!!~arggghhhhhh.Geram tahap gaban sebab tak dapat nak beli barang barang tu..Yela kalau aku beli pun mana aku nak letak benda alah tu semua.Umah aku dah la sekangkang kera,umah sewa plak tu.Kalau aku hias bagai nak gile rugi la aku**takpe ziera..SABAR..Kumpul duit pasni beli umah ye**Demi tidak menghampakan diri sendiri aku beli la frying pan,senduk & sudip..Jadila kan..huhu..Dahla takde plastik ahh slumber rock je pegang benda alah tu masuk plak Mall depan tu beli baju..haha..Ahh lantakla..Janji apa yang aku cari aku dapat..

Tapi yang ni takla berapa nak best sangat.Part yang paling best bila terserempak dengan Ustaz Amirul @ Ashraf Muslim masa klua dari Ikea..Pergghhh...Sumpah tak tipu..Hensem yang amat.Muka dahla putih melepak,tinggi lampai plak tu..Dia senyum kat aku la(**,) berdebar debar dada mak dibuatnya..Rasa nak pengsan gak time tu.hahahaha..Sempoi je dia time tu..T-shirt & jeans jew~Tapi dia memang encem la senang cite..Lepas ni kompem tak moh ketinggalan lagi tengok Ustaz Amirul!!hahahaha

Sunday, March 13, 2011

Try & Error

Hari ini dalam sejarah..haaa..Bukan senang nak tengok aku masak lauk special camni ;P.Hari ni aku berjaya juga masak siakap 3 rasa.Memula cari resepi dalam tenet.Tapi banyak sangat resepi.Aku pun naik pening.Last last aku call je kakak aku..Senang..Sempoi je resepi dia.Aku pakai je apa yang ada dalam peti ais.Nak g kedai malas..Belasah je la apa yang ada.So inilah hasilnya~


Taraaaaaaaaaa

Encik Suami memang suka sangat ikan 3 rasa ni..Dapat pujian juga la untuk masakan special hari ni **, Benda pertama yang dia akan sambar 'kepala ikan'..Itu yang dia ratah dulu..Sedap katanye...
Haa sape kata aku tak reti masak???Sedap je laki aku makan..Ikan yang aku goreng pun garing..Kuah tak cair tak pekat..Sedang sedang elok la...



Saturday, March 12, 2011

Cukur Jambul Nur Syahira Eryna

Cukur Jambul Nur Syahira Eryna pada ahad lepas baru sempat nak update hari ni..Kenduri ni bersekali dengan kenduri naik umah baru **walaupun dari tahun lepas dah duduk baru la tahun ni nak buat**Ni baby atau cucu ke 7 mak aku..Anak abang aku yang ke 4.Tak tau la lepas ni ada lagi ke tak yang akan dia produce lagi..hahaha**Ala bagi la chance kat aku dulu lepas ni..ngeee~**

Si Erin ni baby yang sangat baik...Masa orang cukur rambut dia tak pulak dia buat perangai.Kalau hari biasa pun dia memang tak banyak ragam..Memang sangat sporting.Takdela nak nangis nangis..Relax je..Good girl dia ni ;)

Nenek Nomi dengan nenek Senah pun nak cukur jugak rambut si Eryn

Haaa ni la anak tahun harimau..Diorang ni sepupu..Sorang lahir bulan Jan sorang lagi bulan Okt..Alisya & Eryna

Pose manja Eryna ;)
Tapi kalau tengok muka Eryn dengan abang & kakak dia memang tak serupa langsung.Muka si tembam ni sebijik muka maklong dia

Makan time ;)

Anak anak yang baik..Rajin nak tolong membasuh.Dari malam tadi lagi bertungkus lumus mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk..Malam tadi ada mesyuarat taman dulu..Lagi lagi budak yang pakai baju pink tu..Mood tengah baik la tu..Tu yang rajin.Cuba kalau tengah mood tak elok mau semua dia baling..huhu..

Friday, March 11, 2011

Apa Kes??

Hari ni bangun pagi macam biasa..Mandi siap siap nak pegi ofis..Start enjin kete..Dah start tu kena la tunggu jap kan..Takkan aku nak blah cmtu je..Mau jahanam kete kalau aku buat camtu slalu..Dalam tengah tunggu enjin nak panas layan la lagu kat Hot FM..Dok tunggu tunggu tu terdengar la plak suara orang menjerit.Aku macam kenal je..Lepas dengar suara camtu terus la aku blah.Malas nak berdrama plak pepagi ni.Kang tak pepasal aku lambat sampai ofis**rekod aku selama ni elok je tak penah 'merah' dengan sengaja tau**
Bila dah sampai ofis hati ni still rasa tak berapa nak sedap.Aku cuba tanya Encik Suami kalau kalau dia ada terdengar atau tersenampak sesuatu yang aneh pagi tu..Tapi takde plak katenye..Hurmmm takpelah..Malas nak fikir sangat..Dahla seminggu dua ni keje aku tak penah putus putus..Nyawa aku je rasa nak putus sebab nak menyetelkan segala keje yang ntah kenapa tetiba jadi membukit..Ishh pening otak aku dibuatnye..Almaklumla sekarang dah sibuk bergaul dengan mak mak datin**sibuk berpesatuan aku sekarang ni..haha**
Ahh tapi bukan tu yang aku nak cite..Sambung balik cite tadi..Petang ni aku balik lewat cikit..Aku rasa dah lain macam je..Bila sampai umah petang tadi instinct aku memang betul macam kepala otak aku fikirkan.Nak aku kata bodoh kang kata aku ni jahat..Tapi memang bodoh juga la manusia macamni kan..Tempat biasa aku parking kete dah di blok manusia yang sengal lagi bodoh dia ni..Aku bukan la nak rasis tapi bangsa ni memang bodoh la..Sesuka hati je nak blok tempat parking.Ada ke patut blok parking tu dengan meja kayu yang dah nak jahanam tu..Adoiii...Apa ko fikir parking tu abah ko yang punya..Sukati aku la nak parking kete aku camne.Bontot kete kat depan ke kat blakang ke..Aku punya suka la..Kete aku.Dia tu yang bodoh sangat tak reti nak tutup tingkat umah..Tula makan %$%^% banyak sangat.Kan dah panas!!Dah tau takleh nak kena usik ko duduk la tingkat 10.Bukan takat asap tak masuk nyamuk pun tak larat nak terbang.Dah aku pepagi start enjin dia bising katanya asap kete aku masuk bilik dia..Laaaa aku mana ada tekan minyak ala ala nak racing sampai asap klua berkepol kepol..Asap cikit cikit biasa rr..Tu pun nak kecoh.Dah 3 tahun aku letak kete aku kat situ takde plak dia nak kecoh..Tetiba plak hari ni nak bising..Pagi ni plak nak bikin drama..2 hari lepas dia dah tegur tapi aku buat biasa jela.Nak buat camne lagi aku kata.Dah kete kluakan asap tak kluakan duit..Terima jela kan..Tu yang pagi tadi aku rasa macam bakal melanda perang jiran tetangga kalau aku tunggu lagi lama..Baik tak payah nak tunggu dia buka pintu umah pastu datang sound aku.Kalau jadi camtu kompem la perang jiran tetangga berlaku kan.Padahal selama ni elok je aku tegur dia..
Hishh geram betul la.Lepas ni memang aku menyampahla nak pandang muka si sengal tu lagi..Kuang ajor betul la kan..Nasib la ko dah tua..Malas aku nak layan.Tapi kalau dia sound aku memang cari nahas la..Aku pastikan sedas dua kena gak dengan aku nanti..Berani nak sound aku..Ko tak tau aku samseng kampung dusun!!~

Wednesday, March 9, 2011

Baru nak UPDATE

Karnival WOW Putrajaya

Tengok orang kayuh basikal best gak..Encik Suami pun konon konon nak terjebak la dalam dunia basikal ni katanya..Hurrmm niat dalam hati macam macam nak buat..Tapi last last nanti hobi tinggal hobi je..Takpayah la yang oiii~Maybe time ni diorg kayuh basikal untuk pembukaan Karnival ni kot.Ramai yang 'berkayuh' time ni..Tapi Karnival kali ni macam tak berapa menarik la.Mood nak amik gambar pun kureng..Gerai pun macam tak banyak..Biasa biasa jela kot...



Haa yang ni best..Futsal!!~Last minit punya preparation..Tak training langsung dengan bebudak ni..Main belasah je kan..Dahla main tengahari buta..Tak menang plak tu..huh!!Takpe pengalaman..Main suka suka je..Yang penting kasut baru dah berkhidmat untuk tournament pertama..hehe


Open Game UPM

Game kali ni memang tough!Player semua terel merel..Gile ko..Player kebangsaan kot diorg ni..Masak la memasing kan..Kali ni aku join team member aku..Ada gak player import 2 orang..

Macam biasa..Gambar berkumpulan aktiviti wajib..hehe


Monday, March 7, 2011

Arrgghhhh!!~

Aku rasa nyawa aku dah nak sampai hujung tanduk je sekarang ni..Nak bernafas pun rasa sesak susah sangat..Kenapa la tiba2 aku jadi sibuk bak Perdana Menteri sekarang ni. Ya Allah..Tolongla kuatkan semangat hambamu ni...Aku betul2 tengah serabut sekarang ni..Sampaikan masa nak memanjakan diri sendiri pun dah takde sekarang ni tau..Nak update blog yang tak seberapa ni pun tak sempat..Damn!!~

p/s:berharap akan mampu bernafas sehingga ke hari esoh dan esok dan esok dan esok...blalalalala