Ni projek hujung bulan lepas. Disebabkan aku pandai buat kek coklat **statement tak boleh blah!syok sendiri haha** sorang pegawai aku minta tolong untuk bantu dia cari dan untuk projek PTD dia. Sumbangan akan diberikan kepada Ruman Anak Yatim YPIN Sungai Manggis, Banting. Disebabkan aku baik hati aku tolongla buatkan kek coklat moist ni, tapi aku buat versi muffin je, senang nak jual. Kira dia bagi aku modal aku tukang buat jela. Nak buatnye tak susah sangat cuma letih kena masak cikit cikit. Almaklumlah oven tak berapa nak besar.. Selalu aku start projek dari pkl 8.30 malam sampai la ke 1.30 pagi. Encik Suami pun kadang kadang terjebak tolong aku membungkus muffin tu, hehe.. Nasib Adam bam bam tak buat perangai sangat, baik je anak ibu ;). Tapi letih ok! Tapi takpelah demi nak membantu kumpul dana untuk anak yatim aku tak kisah.. **Eh tapi aku pun anak yatim gak. Ada sapa sapa nak kumpul dana kat aku tak?? ngeee** Jualan setakat ni kami buat kat department kami je, tu pun sekejap je habis. Jual tak sampai setengah jam mesti licin. Kalau round setakat 2, 3 unit pastu mesti habis. Yang best bila tak sempat pegi kat unit yang lain mesti diorang bising sebab kenapa kami tak bawa kat unit diorangdulu. Ada yang penah beli nak beli lagi. Waaa ni memang betul betul sedap ni.. Hehe..
Selalunya aku buat kek tu malam and esoknya terus jual. So kira fresh from oven la.... Part yang paling best bila jual kompem habis! Memang takde tinggal langsung walaupun sebungkus. Siap ada yang tak dapat beli, kecewa diorang. Waaaa hilang segala penat lelah aku buat bila ramai yang puji kek/muffin ni sedap **kembang kempis jugak la hidung aku dibuatnya..ahaks!** Aku just buat 3 trip je buat masa ni. Alhamdulillah duit nak buat badminton court dah cukup cuma duit untuk buat aktiviti luar untuk anak anak yatim tu je still tak cukup lagi. Hmmm kena fikir macamana nak kumpul duit lagi ni **kadang kadang aku pulak yang terover excited projek PTD aku ni, macamla projek aku kan** Pepun thanks pada semua yang membeli ye, ni kira membeli sambil beramal tau.. Dapat gak korang pahala sebab tolong anak yatim tu (",)
Kali ni aku guna resepi kek coklat moist lain cikit. Kali ni memang versi bakar punya, yang hari tu Kak Ana punya versi kukus aku jadikan versi bakar tapi still sedap. Tapi kali ni memang betul betul untuk bakar and yes! Sangat sedap. Sumpah tak tipu. Jom tengok kek coklat moist versi bakar kat sini.
Ni 1st day punya projek
Inilah tuan punya projek sebenar
Encik Au Yeong How
Projek untuk 2nd trip
Puding ni akak sebelah aku yang buat
Sedap juga!
Projek untuk 3rd trip
Kali ni buat 3 adun dari 6.30 petang sampai la 12.30 malam baru setel semua keje aku. Ketaq kepala lutut aku dibautnya. malam tu kram jugak kaki aku dibuatnya. Mana tidaknye berdiri berjam jam kat dapur. Aku ni memang dah pesen kalau buat keje memang tak reti duduk diam. Sebelum buat projek baking ni makan malam untuk Encik Suami dan si comel bam bam tu punya makan mesti aku siapkan dulu. So tak timbul isu makan anak dan suami terabai ;)
Letak cikit la gambar chef ;P
Part yang jual baju ni bukan under projek anak yatim tu, tapi projek aku sendiri.. hehehe
Nak beli moh datang kat meja aku. Seyes cantik dan yang paling best murah tapi kualiti mantop!