Friday, November 23, 2012

Bengkel Cup Cake

  Semalam aku pergi kelas buat cupcake
1st time pergi kelas masak memasak secara official
Actually Bengkel Cupcake ni anjuran PUSPANITA Institut Pengurusan Penyelidikan
So aku dan 2 orang lagi member wakil dari Ibu Pejabat

Nak ke sana takla jauh sangat cuma sesat cikit sebab aku yang bawa kete
Guna gps pun boleh sesat..kui kui kui
Dahnye lambat cikit sampai ke kelas
Tapi ada lagi yang lagi lambat dari kitorang rupanya
Selamat............ 


Ni lah pengajarnye
Encik Shufri
Muda lagi kot orangnye
Ntah ntah baya aku je

Kelas dia memang enjoy
Santai je
Next time boleh lagi pegi kelas dia ni
Tak kedekut ilmu
Kalau nak pegi kelas dia boleh daftar kat SINI
Harga sangat la murah
Memang berbaloi baloi
Lepas kelas siap dapat sijil lagi




Me (**,)

Lia n Kak Efa

  
Aku, Kak Azni n Lia

  
 Kerja kerja jangan curi tulang~



Me n Encik Shufri




 Hasil deko cupcake aku
Macam caca merba
Belasah jela labu....
1st time buat deco ni
Tangan keras macam batu
Erk??
Tapi sekali sekala mencuba apa salahnye kan..
Walaupun hasil tak memberangsangkan 
Tapi tak kisahla
Huhuhu





KAMI

 


Tuesday, November 20, 2012

Doa Buat Saudara Kita


 Ya Allah sedih bila tengok saudara mara kita di bumi Palestin. Menistis air mata bila tengok manusia yang tak berdosa terus dibunuh dengan kejam. Bertuahnya kita hidup di Malaysia ni, aman dan tenang sentiasa, cuma beberapa insiden yang tak sepatutnya berlaku telah mencemarkan keamanan yang kita miliki hari ini. Kenapalah kita ni tak pernah nak bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang ni ye? Lumrah manusia kan hidup tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Hurmm minta jauhla kita dari segala bencana macamni. Kepada sesiapa yang berkemampuan bantulah saudara seagama kita di sana, harap sumbangan kita yang tak seberapa ni dapat membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka di sana. Tak banyak cikit pun jadi la kan..

Akaun Maybank - 5643 2460 1324
Viva Palestine Malaysia
Azra - 016-2094500
Azian - 012-2115749
Sumber : TV 3 MHI


Marilah kita bersama-sama berdoa buat saudara kita di sana

Al-Habib Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman al-Jufri berpesan kepada segenap kaum Muslimin untuk membantu doa kepada saudara-saudara kita kaum Muslimin di Gaza khususnya, dan di segenap penjuru dunia umumnya, dengan berlindung kepada Allah, bertaubat kepadaNya dan merendahkan diri di hadapanNya, seraya membaca firman Allah:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ


"(iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,' maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.' "(Surah: Ali Imran: 173)


حسبنا الله ونعم الوكيل

"HasbunaAllah wa ni'mal wakiil" - dibaca 450 kali.


Wahai Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,

Ya Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,


Ya Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),

Ya Tuhan kami,

Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,

Ya Allah,

Ya Allah,
 
Ya Allah,

Ya Tuhan kami,

Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sumber :  fendy1302

Friday, November 16, 2012

CARI FOLLOWERS NOVEMBER!


Macam menarik 
Jom join 
KLIK  sini tau

Jogging Di Pagi Hari

2,3 hari ni si kecik tido tido ayam je
Letih dibuatnya
Nak tukar bulan agaknye dia ni

So semalam pagi Encik Suami ajak pegi jogging
Memula ingat nak pegi swimming
Tapi bila dengar aku takmo join terjun dalam kolam
Dia pun sentap! 
Tak nak mandi juga kalau macam tu
Adoiii ngade betul la
Aku bukan saja tak nak join bersuka ria dalam kolam tu
Tapi since dah jadi mak orang ni seganla nak pakai baju ketat ketat
Baju renang tu kompem la melekat kan
Dahla spare tayar tak hilang lagi
Malu malu!
Lepas ni kalau nak pegi mandi nak kena beli baju swimmng yang muslimah punya
Baru sopan kan....

So change plan kata Encik Suami
Kita pegi jogging la kat atas bukit tempat selalu dia jogging tu
Tempat tu memang cantik sangat sangat
Adam syok je duduk dalam stroller 
Sambil jogging sambil tolak stroller dia
Bukan main happy muka


Tuan kecik



Sekarang Adam dah mula bertatih
InsyaAllah dah tak lama lagi nak jalan la tu kot

  
psstt kasut pink mak ngah sangat!
Beli kat al ikhsan warehouse sale hari tu
baru 1st time pakai 
;P
 






Bayangkan betapa azabnye aku nak mula berjogging
Dah bapa tahun stop berlari 
Perghhh gila azab
Lemak dah tepu dalam badan 
Nak lari rasa berat sangat badan
Kuakan semangat je fikir nak kurus!

Azam nak menguruskan badan lepas bersalin sangat la tinggi
Tapi bila nak bersukan mesti fikirkan si kecik
Macam kesian je nak tinggalkan dia
Dulu bolehla malam malam main futsal
Kekadang pegi gym ke
Tapi sekarang asyik "bersukan" kat dapur je
Hahaha
Pantang tengok resepi mesti nak cuba.
Bila la boleh kurus camni...................
 Sedih

Garden Life Style Store & Cafe

Minggu ni memang banyak syok kan.
Keje cuti keje cuti keje
Minggu depan dan minggu minggu seterusnya takde lagi ke cuti camni?
:D
Dah lama jeling jeling kedai ni
Tapi tak pegi pegi pun
Tapi kali ni dapat juga pegi
Datang ngan kengkawan je 
Survey tempat and makanan dia dulu 
Kalau ok lepas ni boleh ajak Encik Suami pulak

Lunch kali ni fefeling makan dalam gardeng itu
View kedai memang ngamcam
Ada buai buai bagai
Style ala ala inggeris gitu
Ada piano besar kat tengah kedai
Rasa nak cuit plak piano tu
Dulu masa kat sekolah rendah ada piano kat dewan 
Bila lalu kat situ mesti gatal tangan nak tekan tekan
Bukan reti main pun
Saja gatal tangan
Hahahahaha
Tetiba terimbas zaman persekolahan pulak
Ok lupa kan dulu!

Seperti biasa layan gambar jom!


Cantik tak?


Aku dan Kak Nik

 Ibu mengandung makan spagetti aglio oglio


 Tiha dan Kak Suzi



Ini lah set lunch aku, tiha and kak nik



Kak suzi makan nasi goreng nenas
Semua amik yang set punya
Murah! Hehehe
Set lunch ni murah time lunch hour je tau
Kalau aku tengok harga dia kalau biasa ooo mak aiii
Boleh tahan mahal juga
So kalau rasa nak makan makanan yang mahal tapi boleh dapat harga yang murah dengan makanan yang sama **paham tak korang ni?tak paham sila baca sampai paham**
Sila la datang time lunch hour ye
Kalau tak silap 12 - 3 pm 

So far makanan dia ok la 
Nak kata sedap sangat pun hurmmmm ok jela kot
Tapi chicken chop dia ni makan bila panas sedap la
Tapi bila dah sejuk macam kureng la pulak
Sos dia pun kureng menyegat!
 Set ni datang bersekali dengan pumpkin sup and ais lemon tea
Air boleh refill  
Jangan risau kalau tersedak boleh minum banyak banyak
Huhu
 Agak agak nak datang lagi ke erk??
Datang la kot tapi next time nak try food yang lain plak la
Amik yang bukan set punya tapi biar Encik Suami bayar la..huhuhu

Monday, November 12, 2012

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Program Wanita Sepakat Negara Meningkat
Auditorium Kompleks E, Putrajaya
9 November 2012

Program diadakan sempena lawatan Yang Di Pertua PUSPANITA, YBhg. Datin Sri Dato' Rohani binti Abdullah ke Kompleks E, Putrajaya. Gabungan 4 Kementerian terdiri dari PUSPANITA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PUSPANITA Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan PUSPANITA Kementerian Pertanian dan Perindustrian Asas Tani (KPIAT).

Alhamdulillah walaupun dalam waktu yang singkat kami bekerjasama akhirnya berjaya juga program ni dilaksanakan, walaupun ada sedikit kecacatan dan kekurangan itu biasalakan.. Bila dah ramai tenaga kerja serta banyak sangat idea idea bernas yang datang last minit**yang ni paling stress**, berjaya juga program ni dilaksanakan.. Rasa lega sangat bila dah selesai. So sekarang boleh tido dengan lena.. Huhu..
 

 Pendaftaran KKM


 Beg sumbangan dari KeTTHA
Isi dalam kongsi dengan 4 kementerian


Booth Pemeriksaan Kesihatan
Sambutan memang hangat. Sampai terpaksa tutup sekejap sebab ramai tak nak masuk dalam auditorium
Booth kami menang tempat pertama tau kalahkan 3 lagi kementerian
Mungkin sebab booth kami bukan sahaja buat pameran, kami juga bagi servis untuk pemeriksaan kesihatan
 



YDP




Me + Aishah dari Hospital Sg Buloh
 

My ex-classmate kat Sekolah Teknik dulu
Jangan main main sekarang jadi orang kuat YDP ok!
Di mana ada YDP di situ ada dia
Kalau nak tau semua pasal YDP haa si Hafiz la aku cari
Senang nak tanya apa apa
 


Dapat anugerah..huhu
Sukarelawan Muda (IAM4U)
 



Ni je gambar sempat nak snap.
Gambar makan tak sempat nak amik langsung
Sebab dah lapar tahap gaban
Makan dah tak pandang kiri kanan
Laju je nasi masuk mulut
Hehehehe

pssttt :Rasa rasa tahun depan nak letak jawatan la, dah 4 tahun kot aku pegang jawatan Penolong Setiausaha Kemenetrian.. Kasi chance orang lain je la ye..Agak agak diorang bagi ke??hurmmmm