AsSalam. Hai macam macam hal jadi 2 3 hari ni..16hb oktober aku terpaksa mengMC kan diri setelah mengalami muntah muntah dan cirit birit yang teruk.. Start 2.30 pagi sampai la ke 8.00 pagi aku muntah and cirit birit. Paling tak suka muntah tau. Memang muntah kaw kaw la sampai lembik aku dibuatnya. Habis semua misuah yang aku makan malam tadi keluar! Penat je masak. eh? Hehehe.. Kesian kat Adam nak nenen pun tak puas pagi tu, mana taknye habis khasiat kat badan aku dah keluar, isap angin jela kot. Memang menggigil satu badan di buatnya bila dia nenen. Uishhh sakitnya Tuhan saja yang tahu. Adam pun sebenarnya dah bebarapa hari tak sihat tapi tengok tak demam juz suam suam kuku badan tu, so hantar lah si bam bam pegi sekolah macam biasa. Aku nak jaga memang tak larat.
Rupanya cikgu Adam ada hantar mesej petang tu cakap Adam muntah muntah kat sekolah. Cikgu minta ambik awal kalau boleh. Adehhh bila aku tengah sakit memang tido tak hengat duniala kan.. Padahal tepon tepi telinga je.. Aku amik dia macam biasa sebab tak baca langsung mesej tu. Masa amik pun cikgu tak cakap apa apa. Dah malam baru baca mesej cikgu.. Alamak sorryla cikgu, memang tak perasan langsung. Bukan setakat mesej cikgu Adam je mesej and call dari orang lain pun aku tak dengar. Memang tido mati betulkan.. Encik Suami punya mesej pun aku tak reply. Huhu..
Bila bangun petang tu terbaca pulak mesej dari adik aku, "weh mak kena ragut pagi tadi" hokaloh.. Kurang ajar punya manusia. Orang tua pun ko nak ragutkan.. Dahla kepala and badan tak berapa nak balance aku gagahkan juga la bangun, tanya Encik Suami nak balik klang terus ke tidak.. Petang tu terus balik klang. Before tu singgah dulu DEMC nak jumpa doktor sebab Adam punya panas dah cecah 38.8. Makk aiihhh.. Risau pulak aku dibuatnya. Pagi tu aku jumpa doktor petang tu turn dia pulak jumpa doktor. Hadoii nasibla Encik Suami sihat kalau semua sakit dalam umah memang pengsan aku dibuatnya. Nurse amik timbang berat pastu check suhu, 39 sudah... Lagi panas. Nurse terus masukkan ubat bontot. Ni kira 1st time Adam kena masuk ubat kat bontot sepanjang 10 bulan dia hidup. Nasibla nangis cikit je, good boy anak ibu ;).. Lepas tu jumpa doktor check apa yang patut lepas tu terus gerak. Hurmm so 17hb ni kena EL lah jawabnya..
Lepas setel kat DEMC terus balik klang, hujan lebat la pulak malam tu. Balik jenguk mak malam tu jugak sebab risau keadaan dia. Nasib takde perkara serius yang jadi. Ikutkan cite mak pagi tu dia nak sidai kain around pukul 8 pagi. Elok nak keluar rumah ada satu budak pakai helmet tanya alamat umah ntah sape sape, dan ntah bila budak si peragut tu try rentap rantai leher mak aku. Sampai dia tolak and terduduk jugak la orang tua tu kat dapur. Apa lagi menjerit sekuat alam la mak aku, nasib adik aku ada kat umah lagi jiran kat sebelah pun ada, puas kejar penyangak tak guna tu. Tak jumpa la pulak. Tapi kalau ikutkan adik aku ni mesti budak matpet @ mat gian area area situ jugak. Takpe nanti dia usha lagi. Masa tengah bergelut dengan penyangak tu koyak juga baju mak aku dibuatnya. Rantai leher tu dia tak dapat. Padan muka ko! Cepat pulak tu dia lari. Tak sempat nak kejar langsung! Sia sia je ko nak merompak, nasib tak jumpa je budak tu kalau dapat tangkap habis lembik budak tu kena titik dengan adik aku. Dia tak tau ke adik aku sekarang ni tengah sibuk nak jadi ahli bina badan. Dah berketul ketul otot dia aku tengok, eh? Cite lain sudah.. Hehe..
Ishh nasib la si penyangak tu tak hempuk mak aku dengan helmet dia ke parang ke.. Uisshh nauzubillah.. Minta jauhlah dari perkara buruk macam ni. Nasib anak buah tu tengah tido kat dalam yang sorang lagi tak sampai lagi, kalau la ada juga budak budak kecik masa tengah bergelut tu tak ke bahaya. Nasib juga leher tak cedera terok. Lebam cikit je. Nak merompak kot ia pun tunggu la line clear.. Ni orang belum habis pegi keje dia dah start nak buat "keje".. Pura pura tanya rumah konon... Siap la kau kalau adik aku jumpa nanti. Lunyai dia kepit ko bawah ketiak dia. Hahahaha.. Dah mak kunci sentiasa pintu umah lepas ni, kalau orang panggil buat donno je.. Lantakla orang nak kata apa pun. Kalau kenal baru buka. Zaman sekarang ni macam macam hal! Muka je manusia tapi perangai sebijik macam syaitan jahanam! Grrrr~
No comments:
Post a Comment