Thursday, November 8, 2012

Cheese Cake Tak Payah Bakor~

Malam tadi punya kejadian
Hehehe
Alhamdulillah jadi juga Cheese Cake aku
Kek ni request dari pegawai ofis aku
Sempena anniversary dia katanya
So dia minta tolong aku buatkan cheese cake untuk dia
Tapi aku dah cakap aku bukanlah pembuat kek yang handal
Maka oleh itu jangan la berharap kek yang aku buat nanti jadi super sedap + super lawa
Ngeeee~
Tapi alhamdulillah atas kepercayaan yang diberikan 
Terhasil juga cheese cake hasil air tangan aku
^(**,)^

Google punya google aku amik resepi ni 
Ramai aku tengok yang try resepi ni
Sedap mungkin..
Bila dah try memang sedap!

Sebelum tengok resepi tengok gambar dulu
Hehe
Inilah hasil kejadian malam tadi



Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(aku pakai digestive) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Blueberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi ni aku guna loyang 9 cm.sebab tu je yang ada. sebab tu kek aku nampak nipis. Pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah untuk dikeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yang telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dalam peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bahan topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.(guna kaedah double boil je)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan

No comments:

Post a Comment