Wednesday, November 7, 2012

Raya Korban Hari Tu


Selamat Hari Raya AidilAdha semua.Walaupun agak terlambat tapi takpela ye.. Sempena Raya korban hari tu aku dan Encik Suami buat sikit aqiqah untuk si hero yang semakin lasak yang amat tu. Dulu buat dah sekor kambing masa kat Klang bersekali dengan cukur jambul dia. Kali ni buat sebahagian lembu plak kat kampung belah ayah Encik Suami di Pokok Sena, Kedah. Hurmm ayah mertua la ni nak buat kat sana.. Layankan aje.. Nak flash back cite panjang sangat. Tapi takpelah abaikan sudah.. Alhamdulillah semuanya dah selesai tugas kami sebagai ibu bapa untuk buat aqiqah untuk Muhammad Aham Hariz.

Dari umah tok nak ke umah maklang..
Umah tok kat depan umah maklang kat belakang
So jalan kaki jela
Lalu ikut jalan ni lagi dekat
Tapi sebelah tu ada kubur tau..
Huhu


Masa ni tengah tengok lembu yang Adam punya bahagian kena sembelih


 Adam ngan tok cik


Adam dengan mak long syasya
Mak long nak amik SPM tahun ni..
Good luck ye~

 

 Inilah lembu yang ada bahagian Adam..


Yang ni lembu orang lain
Hari tu ada 2 ekor lembu untuk dikorbankan



Stop jap.. Baru sempat nak makan..
Kesian suami aku 

Ok sambung keje!


Muka sengih saje bila orang amik gambar dia
Adam dengan tok lang n tok cik



Picture ni amik waktu petang
Bawa si kenit jalan jalan hirup udara segar 
Umah tok Encik Suami memang betul betul depan sawah ni
Best kan? 
Bila duduk depan pintu petang petang camni
Perghhh memang layan habis
Angin sepoi sepoi bahasa lagi
Ohhh indahnya....
Kalau dapat la tengok pemandangan camni kat putrajaya kan best...
Bukan la minta ada sawah kat putrajaya ni pun, nak ada pokok pun payah
Ini kan pula sawahkan...
Ada pokok pun jadila..
Ni buka je pintu penuh dengan bangunan saje!
Bosan~
Muka kalau amik gambar mesti nak sengih camni
Comel la konon..
Hehehe

Malam tu ada buat sikit kenduri doa selamat sempena mak long syasya Adam yang nak SPM tu.. Masak ala kadar je coz panggil orang orang situ je. Tapi benda yang aku perasan la kan orang utara ni (maybe sebahagian aku tak kata semua tau) kalau masak buat makan atau kenduri lauk pauk diorang ni memang tak banyak erk? Contoh camni, sempena hari raya korban tu aku tengok (2 rumah yang aku pegi) lauk diorang semata daging, daging masak sup, daging kicap, semua berunsurkan daging semata. Kalau hari raya pulak if laksa tu makanan utama diorang so yang ada tu laksa jela. Makanan sampingan tu macam kuih,kek,keropok,buah semua tu macam susah aku nak jumpa. Memang cenggitu erk?Orang utara kasi komen cikit.. Hehehe..Kalau bagi family aku la kan kalau kenduri atau makan makan yang kitorang buat, lauk mesti ada variety.. So kalau orang tu tak makan ayam dia boleh makan ikan. Pastu side dish mesti ada sampai 3,4 jenis. Bukan mesti tapi wajib ada pelbagai menu, so orang akan ada pilihan. Tapi bila aku kawen dan tengok cara orang utara ni memang agak berbeza la. Memula tu aku rasa janggal sangat, tapi bila dah lama lama boleh la juga aku cuba menyerasikan diri dengan keadaan baru.. Yela lain tempat lain cara kan.. Bak kata pepatah "masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembekkk" tak gitu?

Alhamdulillah walau pun kami jarang balik kampung and opkos Adam tak berapa nak kenal muka tok, wan makcik pakcik dia bagai, Adam still boleh menyerasikan diri dengan diorang semua. Seyes lah si kecik ni  bagus! Tak buat hal langsung. Semua suka main ngan Adam, semua syok tengok adam buat aksi combat dia, nak merangkat malas, kejenye mengengsot aje.. Dah tu kemain laju lagi.Yang best kepala tunduk bawah sepanjang mengombatkan diri tu langsung tak tengok depan, tapi dia takkan langgar dinding ke apa yang ada kat depan dia, ada antena kot kat kepala dia.. Hahahaha.. Kalau naik walker lari laju laju dalam walker. Seronok betul dia. Mentang mentang kawasan luas kemain seronok dia pusing pusing. Bagus betul anak aku ni.. Harap harap dah besar nanti jadi anak yang soleh dan berguna untuk agama, bangsa dan negara ye sayang..Mmmuaaah!

 Ibu Ayah sayang Adam ketat ketat ;)

No comments:

Post a Comment