Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Haishhh dah lama tak update. Serious kesibukkan sedang melanda diri aku sekarang ni. Dah macam tsunami kertas kertas, fail fail atas meja aku ni.Keje kat ofis dah mula banyak! Tapi takpe aku memang suka. Dulu masa keje private hari hari adalah hari yang sibuk buat aku, tapi semenjak keje gomen istilah sibuk macam dah makin pupus. Tapi jangan korang ingat semua orang keje gomen tak sibuk ye.. Ini aku cakap pasal aku je. Mungkin sebab jawatan dan bidang kerja aku sekarang ni tak la teruk sangat, Lagipun kerja kat tempat aku ni selalu bermusim, so ada kalanya macam tak cukup nafas dan adakalanya bila takde keje sampai tersengguk-sengguk aku depan pc sebab bosan tahap gaban tak buat apa. So pada korang yang sentiasa busy sila cemburu dengan keseronokkan work load yang tak berapa nak menentu ni ye.. Huhu
Ok sempena tahun baru hari tu unit aku buat la meeting sambil buat jamuan kecik cikit. Unit aku ni tak ramai ada 8 orang je semuanya. Ciput je kan. Tapi macam macam jenis keje masuk kat tempat aku ni, kesian bos aku banyak nak kena buat, tapi aku ok je.. Sebab bukan aku yang buat keje keje tu sangat. Yang pegi meeting, yang buat projek papaer diorang, aku relax kat ofis je.. Muahahahaha... Eh tapi macam aku ni watak sampingan je, tolong apa yang patut la, takdela tak buat apa pun.. Korang jangan ingat aku makan gaji buta hari hari, tapi kadang kadang tu adala juga. Ahaks!
Dah melalut ke laut pulak aku ni. Ok sempena jamuan tu aku buat Red Velvet Cupcake. Dah lama nak buat sebenarnya so bila dah ada jamuan kat ofis masa ni la baru seronok cikit nak membaking.. Resepi ni aku minta dari kawan aku, sebab before ni dia dah penah cuba katanya jadi, so aku pun minta la dari dia. Senang tak payah nak cari sana sini lagi.Jom tengok resepi.
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
2 sudu besar @ 30 ml serbuk koko/choc emalco (kalau guna emalco letak 1 sudu besar)
2 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh baking soda
100 gm mentega lembut
200 gm gula kastor
1 sudu besar @ 15 ml pewarna merah
2 sudu teh essen vanila
2 biji telur
175 buttermilk (1 sudu teh cuka/perahan lemon campur susu segar dan biarkan selama 10 minit)
Bahan Cream Cheese Icing
2 cawan gula icing
3 sudu mentega, 3 sudu besar cream cheese
1 sudu teh essen vanila
1 @ 2 sudu besar susu segar
Cara-cara
1. Tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama dan diketepikan.
2. Dalam mangkuk adunan, mentega, gula kastor, essen vanila, telur, buttermilk dan pewarna dipukul sebati (guna mixer speed 3).
3. Kemudian perlahan-lahan tambahkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit kacau sehingga sebati.
4. Ketuhar dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius terlebih dahulu. Tuangkan adunan 2/3 dari acuan cup cake dan bakar selama 30 min.
5. Bila dah masak, sejukkan dulu lepas tu bari hias dengan cream cheese icing
Mudah kan. So ini lah hasil kejadian Red Velvet Cupcake aku
Amacam menggoda tak?
:P
Masing masing ada bawa makan masing masing. Walaupun unit aku ni kecik tapi bila masing masing bawa part masing masing makanan dah jadi penuh satu meja. Percaya atau tak bos aku bawa laksa johor bukan bawa dari kedai ye dia masak sendiri ok!! Sedap pulak tu. Bos saya adalah lelaki ok. Dulu dia duduk Paris kat sana masa tu bujang lagi, tu yang dia kena belajar masak sendiri, sebab tu juga dia terel buat laksa johor ni! Kali kedua dia bawa untuk jamuan unit kami. Bos sorang lagi beli nasi beriani ayam tandori, beli kat serdang, dekat dengan UPM. Ni pun super sedap. kali kedua juga dia bawa untuk jamuan memang kitorang request untuk menu utama ni. Yang lain tu ada buah, kerepek, kacang, kuih cikit and ice cream. Semua makanan habis, mana tak habis siap panggil orang unit lain lagi tolong makan skali. Makanan memang banyak, rezeki diorang la dapat makan skali dengan kami ;)
No comments:
Post a Comment