Thursday, April 18, 2013

Cerita Birthday Yang Dah Lepas

Birthday aku dah lepas sebulan yang lepas tapi hari ni baru nak cerita.. Huhu.. Cerita yang berperam memang best!hahaha

Sempena birthday aku tahun ni aku memang dah plan nak buat kek sendiri. Setelah menggoogle sana sini akhirnya aku decide buat Kek Puding Karamel Pelangi. Kalau baca pada resepi rasa macam complicated je tapi bila dah buat taklah rasa susah sangat pun.. Resepinya bila google lebih kurang sama je dengan resepi resepi yang ada dalam blog blog yang ada, so aku decide copy dari resepi sini je.


Corak ni nanti bila dah siap kita tak nampak pun sebab nanti kita akan telangkupkan dia so part yang atas ni akan jadi part yang bawah bila dah siap. Saje je buat corak nak bagi lebih mengancam!Cantik tak?


Hasil setelah siap. Rasa memang mantop. Makan time sejuk sejuk lagi la heaven!!! Pastu hiasla ikut suka hati korang. Kek ni agak manis so better makan dengan buah yang rasa masam masam cikit. Kebetulan ada strawberry dengan kiwi so memang sangat sesuai la dengan waktu ianya ingin digunakan. Huhu...


Ok menu sempena birthday pulak ayam roasted cara aku! Aku main belasah je tapi hasilnya memang tak mengecewakan. Terbaik bak kata Encik Suami. Katanya dah takyah makan kat luar isteri kesayangan dah boleh masak bak hotel katanya**kembang kempis aku dibuatnya ;D**


Menu si kecik pun sama juga. Tapi masak gaya dia la. No salt & sugar added. Adam still bawah umur takleh letak lagi bahan bahan tiruan. Memang banyak dia makan hari tu. Syok tengok Adam suka makan sayur. Brokoli memang feveret dia so far.

Makan gaya 'abg long'

 

 

 Terbaiklah ibu!!!


Hadiah birthday untuk kali ni. Dapat pulak yang new arrival. Ohhh sayang sangatlah kat awak. Janji tak minta kasut lagi tahun ni. Confirm ini akan jadi kasut raya dan kasut keje. Janji. Hehehehe...Ikutkan nak cari kasut biasa je tapi as always nak cari yang biasa mesti jumpa yang luar biasa juga. Ngee~  Benda yang paling susah nak cari untuk aku adalah kasut. Sebab kalau beli yang nampak cantik je confirm tak pakai lama, aku kena cari yang lebih selesa dipakai, kasut memang mainkan peranan penting untuk aku. Nak diikutkan kasut aku ada banyak tapi tak pakai pun, bersepah dalam kereta, tapi semua tu aku tak pakai sangat pun sebab keselesaan tu macam kureng ada. Hehe aku bukan demand nak yang mahal tapi ianya selalu terjadi secara kebetulan. Sorry ye Encik Suami sekali sekala berbelanja besar untuk isteri takpe kan???


Ohh bulan march aku berkongsi juga birthday dengan mak dan mak mertua. So untuk mak berdua Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa sihat dan diberkati oleh Nya...


Psssttt umur dah bertambah, hadoiii seramla pulak, amal ibadat macam tak berapa nak mantap je lagi. Hurmmm doakan aku sentiasa sihat supaya aku dapat melakukan kewajipan pada keluarga serta orang sekeliling dan yang lebih penting dapat meningkatkan amal ibadat di setiap perbuatan ku.. Amin.....

Ini bekalan buat kawan kawan kat ofis. Kalau aku buat kek mesti bawa cikit pegi ofis nak makan sebiji kek kami berdua rasa macam mengah pulak kan.. So kongsi la sedikit rezeki yang ada ni dengan yang lain. Jadi la kan.... Diorang kata sedap!!**kembang lagi!hahahaha**


2 comments: