Thursday, February 21, 2013

Kembang Kempis Jap Hidung Aku

Assalamualaikum & selamat pagi.. Sarapan dah korang? Hari ni aku bawa bekal nasi goreng. Walaupun tak sehebat mana tapi rasa tetap mantap! Asyik la beli kat cafe jemu dah aku. Hari hari tengok benda yang sama. Bawa bekal lagi bestkan ;)

Hari tu ada kawan pada pegawai aku buat interview, so dia aku yg tukang jawab time tu, ingatkan dia memain je.. Sekali keluar paper betul betul daaa.... Huhuhu.. Keratan akhbar ni pegawai aku yang print and bagi original copy kat aku. Semangat betul dia. Tengah tengah malam siap text aku lagi sebab nak cakap pasal benda ni. Semangat ok!


pssttt cite semalam masuk berita tv3 pastu interview hari tu masuk paper hari yang sama juga. Glamour kejap uollls! Terselit muka aku korang tak nampak?? Haaa kalau tak nampak pendek umur tau.. Baik cakap korang nampak ;P. Kembang hidung jap! Hahaha

Wednesday, February 20, 2013

Lepak Umah PM


Majlis Pertemua Mesra Bersama YABHG. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penanung PUSPANITA 
"Ke Arah Mentransformasikan PUSPANITA  Bagi Mencemerlangkan Penyampaian Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam"

20 Februari 2013
Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya





(**,)





 Perasmian


 
















Makanan dari Kuzie Katering
Memang terbaik
Macam macam ada larat dengan tak je nak makan
Banyak lagi sebenarnya makanan dia tapi dah lapar
Tak sempat nak snap.. Huhu



Artis undangan 
Nasir Wahab



 
Datin Seri Rosmah and Puan Sri Noraini



 Antara koleksi gambar yang menarik


Ni lah Datin Pengerusi kami
Orangnya memang sempoi habis!!

Hafis ex-classmate masa sekolah teknik dulu
Sampai sekarang still kawan lagi ;)


Tuesday, February 19, 2013

Kesian Adik Hareez

Kes adik Hareez kena lambung dengan amah yang gila ni mesti dah ramai yang tau. Tapi aku nak tulis juga. Kenapa la tergamak manusia tu pegi lambung budak sekecik ni. Masa mula mula tengok video tu kat berita memang dah nampak kengeriannya. Tapi cekalkan hati juga tengok sampai habis. Sakit betul hati aku tengok pompuan gila tu main lambung lambung anak macam tu. Dah macam roti canai aku tengok. Memang kurang ajar btol! Dah la baru sehari bekerja dah buat perangai tak senonoh. Nasib la mak bapak dia pasang cctv. Kalau la dapat detect lambat apa yang dia buat kat anak dia mau pendek umur budak tu buatnya. 

Ishh kalau la anak aku orang buat macam tu kompem la orang tu aku lenyaikan dulu. Gila aku nak lepaskan macam tu je. Aku kasi "lauk" puas puas baru aku bagi kat polis. Kurang ajar betol indon ni, dahla datang negara kita cari makan kat sini, tapi buat keje tak ikhlas, buat perangai tak semenggah, memang tak reti bersyukur langsung!

Masa tengok video tu dah menggigil badan aku dibuatnya. Adam tengah relax main main time tu. Terus aku amik dia, peluk kuat kuat. Seram bila orang buat anak kita macam tu kan. Ya Allah kau lindungilah anakku... Bila tengok macam tu terus Encik Suami cakap, sebab tu dia tak nak amik maid walaupun 1 hari nanti mampu. Lagipun dia memang tak suka ada orang asing dalam umah. Ntahla benda ni ikut nasib kan. Ada majikan yang dapat amah yang ok dan ada yang dapat jenis tak ok. Tapi bila tengok kejadian macam ni banyak berlaku, kena berhati-hati la pada sesiapa yang nak amik amah ni. Kena check betul betul. Yup pemasangan cctv tu sangat penting!

Alhamdulillah Adam dah besar sekarang, nak tinggalkan kat taska pun takdela risau sangat. Next month Adam akan pindah kat taska office aku, nanti story lain erk. Kita doakan adik Hareez akan kembali sihat seperti dulu, memang sayu sangat tengok dia. Be strong baby Hareez!!


Weekend Punya Cerita

Ini ahad lepas punya kejadian. Pagi tu kami plan nak renew passport n buat passport untuk Adam. Ingatkan tak ramai sekali pegi nombor habis la pulak. Kawan aku yang datang pukul 7.15 pagi pun tak sempat nak amik nombor, inikan pulak aku yang pukul 9.30 pagi baru datang. Lagi la tak dapat.... Sudahnya kami ronda ronda putrajaya je. Ternampak pulak kat banner minggu tu ada aktiviti sukan air kat Persint 6 terus kami ke sana. Ingatkan ada sukan air je rupanya orang main kete control ngan helikopter pun ada. Waa memang menarik, macam macam aktiviti ada kat situ, semua dekat dekat, senang nak lari tengok aktiviti yang ada kat situ. Cuaca pun sangatla membantu, redup je ditambah lagi dengan angin sepoi sepoi bahasa memang terbaiklah. Lama juga kami melepak kat tempat tu. 

Mula mula lepak tengok orang main kete control, Adam memang cukup takut kalau tengok benda ni. Sebab dia mudah terkejut. Bunyi dia kan kuat memang menangis jugakla dia tengok benda ni.. so Lepak kejap je kat area ni..



 


 

Next station kami lepak kat area orang main helikopter and kapal terbang. Bunyi enjin memang tak kuat  so memang syok la Adam tengok. Orang yang terbangkang heli and kapal terbang memang orang orang yang professional. Aksi yang diorang buat tu memang terbaik. Yang aku tau ada 2 orang yang akan mewakili Malaysia untuk sukan ni nanti kat Australia kalau tak silap. So good luck buat Adrian and Hafiz!!




Kusyuk!








Tempat persinggahan terakhir kami. Lepak lepak bawah pokok sambil tengok orang main kayak. Memang best la, kalau aku budak sekolah mesti aku ada peluang nak main benda ni semua. Sekarang ni bila dah keje + dah jadi mak budak pergerakan dah sedikit tersekat. Dah tak boleh nak aktif macam dulu, banyak tanggungjawab kat umah sekarang ni daaa, huhu~



 


Puas si kecik ni nak sedut air tu. Tapi aku dah habiskan siap siap!huhu.. Nasib la Adam.. Encik Suami dah lama teringin nak main bot naga tu. Tak habis habis ulang cerita yang sama kat aku, nak main bot naga. Dulu masa zaman U dulu dia memang join sukan tu tapi kat sini dah takde geng nak main bot naga. Takpelah awak main bot naga dengan Adam jela dalam bilik air umah kita :D