Thursday, February 7, 2013

Melawat Moyang Adam


Antara aktiviti balik kampung hari tu
Masa ni kat umah moyang Adam belah wan dia
Kami ni kalau balik kampung ini antara aktiviti wajib kami
Melawat tok dan wan
 Kami amik 1 hari untuk pegi dua rumah sekaligus

Kami sampai kampung Pokok Sena lebih kurang pukul 11
Lauk tengah hari aku dah tapau siap siap
Bukan apa nanti kalau tak beli takut takde lauk pulak kan
Malas la nak susah tok
Confirm tok penat lepas balik menoreh kan kan
**Sebenarnya ko malas nak masakkan ziera?? ** 
Hehe

Lepak sana sampai pukul 3++
Disebabkan tok tak boleh nak masakkan lauk untuk cucu dia yang rajin ni 
Sebab cucu yang rajin ni dah tapau siap siap lauk, ngeee~
Tok buatkan cendol
Cuaca kat sana memang panas sekarang ni
Panas dan kering
Itu yang boleh aku gambarkan
Sempat juga aku belaja buat cendol, senang je tak la susah sangat pun
Boleh cuba nanti

Perghh memang layan makan cendol homemade tau
Tak sempat nak snap picture makan cendol
Sebab laki bini dah gelojoh sangat makan cendol time tu
:D


 Belah petang lepak pulak umah tok dan wan belah mama
Kat kampung pelubang kalau tak silap
Lepak sampai malam, dinner sekali dengan tok dan wan
Pun beli juga untuk dinner malam tu
Seronok dapat belanja diorang makan
Adilkan kami ;)

Aktiviti petang tu tolong bersihkan cikit laman rumah 
Si kecik excited sangat dapat pijak tanah
Biasa la budak baru dapat kaki 
Berjalan non stop
Tak puas tawaf luar rumah dalam rumah pun dia tawaf ntah bape kali
Tak pulak penat aku tengokkan
Lagi laju dia jalan ada la, sampai aku pula yang penat tengok dia
Aktif betul si kecik ni



  Adam punya la berani sampai nak capai api tu
Aduhh la... Tak reti takut langsung
Puas aku nak mengejar 


Kawasan umah ni besar
Seronok ada kawasan lapang macam ni
Kat belakang tu ada kebun cikit 
Sambil bersihkan daun kering wan sempat buat lawak kat suami aku
"abang balik duduk sini jela, buat umah kat sini boleh tolong wan jaga kebun"
Sengih jela mamat tu


  
Budak jakun tengok api.. hehe


 Apa la yang seronok sangat si Adam tu borak dengan moyang dia
Memang tak habis habis moyang melayan kerenah si kecik ni
Yela bukan selalu dapat jumpa pun

Hari tu aku dengar wan nak jumpa semua anak anak dia
4 orang semuanya, mama Encik Suami anak pertama
Nak bahagi bahagi harta
Gulp!
Bila aku dengar macam tu meremang bulu roma aku di buatnya
 Sedih pulak bila wan cakap macam tu
Wan cepat sembuh ye
Kami sentiasa doakan sihat selalu dan panjang umur
Kami sayang tok dan wan sangat sangat
Jangan tinggalkan kami lagi ye
;(



No comments:

Post a Comment