Friday, February 8, 2013

Sesi Memanjakan Diri


Assalamualaikum & good morning semua!!Amboi cepat betul masa berlalu, jumaat kembali lagi. Minggu depan cuti sampai hari selasa. Banyak syok! Kali ni nak kongsi cerita bulan lepas lagi. Maaf la ye bulan lepas sangat sangat la sibuk, memang tak sempat nak buat apa pun. Mesyuarat Agung PUSPANITA kena buat awal. Ingat tahun ni nak resign jadi Penolong Setiausaha, tapi tak berjaya juga. Dah 4 tahun kot, gila kuasa betul kan? Eh tapi jawatan ni hasil undian ok. Ramai yang nak aku pegang jawatan tu lagi T_T. Redha je lah. Mereka percaya dengan kebolehan aku mungkin (**,)


Tahun ni memang banyak benda yang nak kena aku setelkan. Almaklumla tanggujawab tugas kat ofis ni dah leboh dari dulu. Tapi aku suka! Ye saya sangat suka!! Sumpah tak tipu. Aku memang prefer ada keje dari takde keje, sebab bila ada keje otak aku ni dapat berfungsi dengan baik. Kalau takde keje memang otak aku ni tak berfungsi sangat la gamaknya. Memula memang agak kelam kabut tapi lately ni alhamdulillah, i manage to control my workload. Wohaaa cakap omputih pulak. Lalalala~

Aku ni semedang nak cite benda lain keluar cite lain. Korang please jangan bosan dengan cite aku ye. Hehe. Ok aku nak cite pasal pegi spa hari tu, actually aku dah lama beli pakej spa ni kat group on. Serious murah, kat group on tu macam macam ada. Murah la, kalau ikutkan harga asal dengan harga lepas diskaun yang dia bagi tu mungkin kadang-kadang nampak tak logikkan. Tapi aku tak kisah, yang aku tau aku nak harga yang murah :D, dah beberapa kali juga la aku beli benda dalam ni. Kali ni try pulak beli pakej spa. Beli dari tahun lepas sebenarnya tapi bila date dah nak expired baru terhegeh-hegeh nak pegi. Almaklumla busy woman katanya... Ngek! 
Kami decide nak pegi kat outlet di Mid Valley. Hari yang dijanjikan pun kami pegi la keluar berdua. Ingat nak ada kat Mid Valley tu pukul 11. Dah nak tempoh jam ntah perisa apa ntah macam nak gila aku di buatnya. Oiii time ofis hour pun jam ke federal tu? Korang tak masuk ofis ke? Kenapa ramai sangat kat atas jalan ni? Ke korang nak gi berspa juga macam aku? Arghhh stress! Dah bertahun tak bawa kete dalam keadaan jam teruk macam ni buat kaki aku menggigil. Bawa kete manual ok. Serious lutut aku shaking. Patutla Encik Suami kata letih bila bawa kete aku bila pegi KL. Aku selalu ingat dia ngada-ngada, asyik nak komplen kete buruk aku tu, ada dia suruh aku tukar kete lain kalau dia tak jadi tukar kete. Oh no no no.. Dah tak lama lagi hutang kete dah nak habis, aku takmo tambah hutang lagi. Cukupla dulu kereta oren ku itu buat masa ni. Biar pun buruk lagi murah tapi jasa kereta tu pada aku sangat tak ternilai. Sudahnya sampai Mid Valley pukul 12.45 thari. Apa lagi terus cari makan la 

Kedai makan punyalah banyak. Lastly masuk kedai Popeye jela
Dah lama tak makan ni


Dah la lupa bawa voucher nasib teknologi sekarang banyak membantu
Aku minta Encik Suami whatsapp je gambar voucher tu
Nasib la dia simpan lagi email ni
Kalau tak mau aku kena halau dengan dengan amoi kat reception
Tanda tanda penuan sungguh! 

 

Inilah kawan aku
Wahida Wassini
Haha
Tipu je nama hujung tu
Best friend masa kat UiTM dulu
Banyak kenangan kami bersama


Nak amik gambar kat dalam tu susah
Sebab sampai sampai terus isi borang apa yang patut pastu terus nak start sesi berspa
Tak sempat nak amik gambar
Overall service yang dia bagi tu ok la..
Environment pun boleh tahan cantik
Lebih kurang 2 jam juga kat dalam tu
Lepas siap semua dia ada offer pakej lain
Ohhhh takpelah balik kasi saya fikir dulu ok
;)

Lepas tu pegi berhi tea pulak
Lepak kat SweetChat
Makan Durian Crepe opkos
Yang dalam mangkuk tu Wahida punya bukan aku punya tau
Posing je dengan mangkuk tu
Haha

 


Keluar dari Mid Valley dah pukul 5.30 petang. Hari tu Encik Suami kena jemput Adam dari taska. Aku nak jemput dah kompem tak sempat. Nak tempoh jam yang ntah bila nak surut ni lagi. Excident kiri kanan jalan, seram gila. Lutut shaking lagi. Korang tau aku duduk putrajaya, tapi aku ni mana reti nak bawa kete sendiri kalau guna jalan yang aku tak biasa memang takla nak aku lalu. Aku sanggup dari Putrajaya turun Shah Alam pastu ikut highway kesas pegi ke Mid Valley. Sebab itu je jalan yang aku 100% tau. Balik pun ikut jalan yang sama juga. Nak dekat pukul 7.30 petang baru sampai umah. Hadoi la.... Letih gila nasib la ofis dengan umah aku cuma 15 minit je. Aku ni memang jenis penakut nak cuba jalan baru. Tabik spring la pada kawan kawan yang pegi keje tempoh jam tu.

No comments:

Post a Comment