Ini ahad lepas punya kejadian. Pagi tu kami plan nak renew passport n buat passport untuk Adam. Ingatkan tak ramai sekali pegi nombor habis la pulak. Kawan aku yang datang pukul 7.15 pagi pun tak sempat nak amik nombor, inikan pulak aku yang pukul 9.30 pagi baru datang. Lagi la tak dapat.... Sudahnya kami ronda ronda putrajaya je. Ternampak pulak kat banner minggu tu ada aktiviti sukan air kat Persint 6 terus kami ke sana. Ingatkan ada sukan air je rupanya orang main kete control ngan helikopter pun ada. Waa memang menarik, macam macam aktiviti ada kat situ, semua dekat dekat, senang nak lari tengok aktiviti yang ada kat situ. Cuaca pun sangatla membantu, redup je ditambah lagi dengan angin sepoi sepoi bahasa memang terbaiklah. Lama juga kami melepak kat tempat tu.
Mula mula lepak tengok orang main kete control, Adam memang cukup takut kalau tengok benda ni. Sebab dia mudah terkejut. Bunyi dia kan kuat memang menangis jugakla dia tengok benda ni.. so Lepak kejap je kat area ni..
Next station kami lepak kat area orang main helikopter and kapal terbang. Bunyi enjin memang tak kuat so memang syok la Adam tengok. Orang yang terbangkang heli and kapal terbang memang orang orang yang professional. Aksi yang diorang buat tu memang terbaik. Yang aku tau ada 2 orang yang akan mewakili Malaysia untuk sukan ni nanti kat Australia kalau tak silap. So good luck buat Adrian and Hafiz!!
Kusyuk!
Tempat persinggahan terakhir kami. Lepak lepak bawah pokok sambil tengok orang main kayak. Memang best la, kalau aku budak sekolah mesti aku ada peluang nak main benda ni semua. Sekarang ni bila dah keje + dah jadi mak budak pergerakan dah sedikit tersekat. Dah tak boleh nak aktif macam dulu, banyak tanggungjawab kat umah sekarang ni daaa, huhu~
Puas si kecik ni nak sedut air tu. Tapi aku dah habiskan siap siap!huhu.. Nasib la Adam.. Encik Suami dah lama teringin nak main bot naga tu. Tak habis habis ulang cerita yang sama kat aku, nak main bot naga. Dulu masa zaman U dulu dia memang join sukan tu tapi kat sini dah takde geng nak main bot naga. Takpelah awak main bot naga dengan Adam jela dalam bilik air umah kita :D
No comments:
Post a Comment